Iqa's Recipes - Egg Sandwiches

PhotobucketHari ni Iqa sibuk tul mencari barang-barang yang dia nak. Kat Jusco tu sibuk ke hulu ke hilir, cari bahan-bahan yang dia nak. Memula dia cari roti dulu, pastu sibuk cari white pepper. Sebut pasal white pepper ni lawak gak masa aku dapat list dari teacher dia dulu sebab dia tulis white paper. Aku bagi la kertas A4 sekeping. Sekali Iqa balik dia membebel.

Apa la abah ni, teacher nak lada putih la.
Abis tu tulis kertas putih kenapa.
Ntah la bah.

Pastu mula cari timun dan tomato. Memula jumpa yang mahal, 6 bijik 2 hinggit. Mak oiii.. Ambik jer ler dulu. Sekali masa nak ambik mayonis jumpa lak local punya. Iqa pilih tomato dua bijik dan timun sebiji. Baru 70 sen.

OK pastu mula la acara membuatnya. Iqa suruh aku tolong hiris timun sama tomato jer. Yang lenglain semua dia buat. OK.

Photobucket Photobucket

Bahan-bahan

1. Roti
2. Timun
3. Tomato
4. Telur
5. Serbuk lada putih
6. Mayonis

Photobucket

Cara membuatnya

1. Hiris timun dan tomato

Photobucket Photobucket

2. Rebus dan buang kulit telur

Photobucket

3. Lenyekkan telur

Photobucket Photobucket

4. Masukkan dan gaul lada putih, mayonis, timun dan tomato bersama telur yang sudah dilenyek.

Photobucket Photobucket
Photobucket Photobucket
Photobucket

5. Sapukan bahan-bahan tadi kepada roti

Photobucket Photobucket

6. Siap.

Photobucket Photobucket

Hmmm. Pastu kena la kemas tempat tu ye. Iqa suka betul buat egg sandwich ni. Siap balik kedah nanti pun dia nak buat lagi.


Slideshow





Chiaoooo...
__________________________________________________________________________
Mohamad Khairul Nizam | 07-5101621 | 0163176350 | 0136042404 | mknace@gmail.com

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
Wa~
kecik2 Iqa da minat msk
da besa nnt senang la

Catatan popular daripada blog ini

Jelly Beans

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

SPM 2018 Result : Analisa & Ranking SBP