Berpesta bunga api di malam raya

All photos taken by mknace using Nikon D70s, video on youtube compiled using Sony Vegas



Malam ni semua dah target raya esok dah pun sebenarnya. Yang paling best radio johor siap dah cakap malam ni malam last lepas bacaan al-Quran. Wahlaoweiii.. Memang kali ni la yang paling gila sekali bagi aku. Pasal tak tengok anak bulan lagi pun dah tau esok raya. Iqa ngan adik suka hati pasal Is, jiran sebelah; dah cakap awal-awal lagi, tengah malam ni nak bakar bunga api besor.

Malam yang masih muda dihabiskan dengan bermain bunga api yang kecik-kecik dulu. Sesambil tu nengok-nengok bunga api jiran-jiran bako. Bersahut-sahutan. Macam malam merdeka la pulak. Memang best.



Pastu masuk dalam rumah sesambil mengambik gambo ruang tamu yang baru dicat dan langsir baru mama. Sedor-sedor dah pagi. Sempat aku tertido. Hampes tus. Iqa la dok sibuk citer kehebatan bunga api Is jam 12 tengah malam tadi. Huhuhuhu.. Sapa suruh tido kan. So... tengok jer ler gambo yang sesikit ni ajer aku hambik..


Video


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

PERMOHONAN ONLINE KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (MENJURUS KEPADA DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA) AMBILAN JUN 2016

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Memakan Daging Saudara SeIslam