Aku dan pewangi kereta

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Kali ni aku nak cerita pasal aku dan pewangi kereta. Ramai orang yang naik kereta aku sentiasa tanya, apasal keter ko tak pernah ko taruk pewangi keter aa.. Hahaha.. bukannya taknak pasang, tapi bila pasang jer aku akan mula pening kepala. Tetambah kalau ambipur.. tu pasal kalau naik keter orang, aku biasanya senyap sikit. Pasal tahan pening kepala. Ntah la kan.. Tak tau pasai apa sampai boleh jadi lagu ni.

Kisahnya masa kuar gi Senibong ituhari sesaja aku beli pewangi keter. Saja taruk dalam keter tanpa aku kopek dia punya seal pewangi tu. Dan masa aku gi Festival Bugis semalam, saja aku kopek seal dia. Orang pertama tegur adalah mama.

Abang nak semua orang muntah lam keter ni ker..
Kita try la dulu.
Alah.. mama kasi sehari jer.. sure abang akan buang pewangi tu.. Sama jer cam kat keter kita yang lain tu.

Dan hasilnya.. pagi ni dengan rasminya aku buang pewangi tu. Pening beb bawak keter pagi ni. Sampai jer PPD terus aku capai pewangi tu. Mulanya ingat nak buang terus. Pikir punya pikir baik aku taruk jer lam opis aku. Wangi sikit. Hahaha.. nampaknya memang sama tarap la semua keter-keter aku.. Semuanya bergerak tanpa pewangi..

Klik untuk cerita penuh



©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Tempat pertama dia.. dok la dulu atas meja. Sementara dok mikir nak buang ker nak pakai..

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Dan dalam masa yang sama baru aku tahu kelemahan kameraphone aku.. Bila subjek ngan backgoundnya kaler putih.. dah berbelang jadiknya gambo ni ha.. sama la cam gambo kat atas nu ha.. Pas ni aku terus gantung jer kat dinding sebelah kalender tu..

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Pikir nyer pikir, aku taruk lam blazer aku nyer wrapper. Wangi sikit blazer aku hahaha..

Enjoice...Sharing is power!!!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jelly Beans

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

SPM 2018 Result : Analisa & Ranking SBP