Hari yang paling sibuk

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Tarikh : 30 Ogos 2010
Masa : Sepanjang hari
Tempat : Pejabat aku
Mood : Waaaargghhh!!! Aku nak masa lagi!!!

Hari ni memang sibuk giler. Ni baru betul-betul tak cukup masa. Memacam aku nak kena setel hari ni jugak. So aku plan bebetul, supaya semua dapat siap on time. Sebab apa leh jadi lagu ni, sebab esok cuti merdeka, pastu aku akan ke Batu Pahat sampai jemaat, isnin kerja, selasa dah cuti raya.. haha.. dua hari jer aku ada kat pejabat. Yang senin depan tu tak kisah la.. Ni yang nak kena setel semua sebelum senin tu tiba lagu mana??

1. Surat cuti
Kalau aku tak setel hari ni macamana aku nak cuti minggu depan.. Kelakar giler.. Cuti dapat 4 hari saja. Maknanya aku amik selasa, rabu, khamis dan isnin minggu depannya. Isi borang, hantar kat cik hanafi mintak sokongan..

2. EMiS
Dengan site tengah pindah memindah, banyak la pulak nak kena maklum kat guru data suruh buat pembetulan. Lam kul 10, cik amizan bagi url baru EMiS. Terus maklum kat guru data. Lam masa yang sama masih check ralat yang ada. JB ni memang kurang guru, so; ralat biasa pasal subjek ajar tu dah jadi perkara biasa. Mana taknya.. asyik ubah jadual waktu jer kerjanya..

3. Data staf
EO bagi aku satu list.. Ada la dekat 80++ staf/guru yang maklumat dia tak berapa lengkap. So aku kena check sesatu. Pergghhh.. Ni la yang paling makan masa aku hari ni. Desperate beb.. Pasal aku minggu depan baru ada.. So nak tak nak aku kena cari maklumat 80 orang ni hari ni jugak.. Haiyooo.. Sib baik lam kul 4 dah setel..

4. Laman web
Ni yang last. Dah la hari tu aku cakap Isnin akan up, lupa la pulak banyak negeri cuti jemaat lepas. So, MyNic pun baru jer release aku nyer permohonan edu.my. Lam kul 4.30pm baru dapat emel kata semua dah lepas. So, petang tu tungkus lumus setelkan segala kerja belakang tabir.. Lam kul 10 malam ppdjb.edu.my dah on air.. Alhamdulillah.. Isnin jugak kan, walaupun malam.. hehehe..

Walaupun nampak 4 benda jer, tapi proses dia.. pergghhh.. memang tuhan jer yang tahu betapa azabnya aku nakkan ruang masa lam menyetelkan bender-bender nih.. Sib baik esok cuti.. dan dengan setelnya bender-bender ni, dapat la aku lepak sikit sampai isnin depan.. dah kata pun outstation kan..

Enjoice...Sharing is power!!!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jelly Beans

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

SPM 2018 Result : Analisa & Ranking SBP