Kadar kompaun baru saman trafik???

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Tarikh : 14 September 2010
Masa : 10.00 malam
Tempat : Depan PC
Mood : Borak borak dengan rasa apa kes nih..

Pagi tadi adik aku hampir nak kena saman. Kesnya, potong dabel line kat kota tinggi. Padan muka dia. Sapa suruh potong jugak kan. Nak jadi citer. Polis tu tanya dia, nak setel sini ka nak setel balai. Dia pun apa lagi, setel situ jugak la. Apa ada lam dompet semua dia kasi. Sekeping not RM10 dengan sekeping not Singapore dollar 5. Hai.. murahnya harga polis sekarang. Bukan gaji baru naik ka. Bukannya aku nak sokong perbuatan adik aku tu. Tapi bagi aku better kena saman dari bagi duit bebodoh jer kat polis tu. Walaupun aku tak tau duit aku akan diaorang buat apa, sekurang-kurangnya aku bayar kepada kerajaan, atas kesalahan aku sendiri kan.. Lagi kita dok bagi, lagi tu la gejala ni akan berterusan, dan sampai bila bila pun kita akan bersikap acuh tak acuh dengan peraturan.

Aku pastu teringat satu emel yang aku dapat awal bulan ni tak silap aku. Tu yang aku tempek kat atas ni. Cerita dia pasal kadar saman trafik baru. Seingat aku, polis baru buat cadangan, tadak release lagi pun. Aku pun terus search ke laman web pdrm. Sahih, kadar ni just hoax, tipu semata-mata. Sib baik aku jenis suka cari sampai ke akar dulu. Kalau tak...

Klik untuk cerita penuh



©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Tengok pada ruangan pengumuman tu.. nampak tak alert pasal emel nih

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Sahih la kadar kompaun yang sibuk dipassing ke sana sini tu cuma sekadar tipu semata mata..
Berhati-hati.. terutama bila dapat bahan dari emel..

Enjoice...Sharing is power!!!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jelly Beans

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

Acustop Cataplasma Applied