Jom melantak char koey teow

Klik untuk gambar yang lebih besar
Dah macam paruh purung dah mulut adik inaz ni.. hahaha
Char Koey Teow, Char Koey Teow. Semalam makan, dua hari lepas makan. Asyik makan Char Koey Teow ja. Senang bagi aku sebab makanan ni la paling simple dan cepat lagi menyelerakan untuk aku. Iqa ngan inaz toksah tanya, dah memang nak makan ajer.

Kat Gelang Patah ni setakat ni ada dua gerai yang jual. Yang first aku tau, yang biasa aku beli la. Depan Awana. Kalau biasa ngan gelang patah, cari tempat juai goreng pisang. Haa.. kat sini la gerai pertama yang aku jumpa, dan aku suka. Selalu amik char koey teow kerang ja, aku tak makan udang. Dia juai 3 jenis. Kerang, udang dan special. Special ni campur udang ngan kerang la. Harga RM3.50 satu. Kira just nice la.

Yang kedua kat nusantara, cari wan seng. Tapi ingat. Bukan kat kedai wan seng, tapi sebelah dia. Tapi yang ni kaya sikit kot. Presentation memang mantop. Harga pun mahal sikit. RM4.00. Tapi nasib ko la kalau dapat beli. Dia bukak ikut suka ati dia ja. Dah la sabtu ahad tutup. Hari biasa 5 hari suka ati nak bukak bila. Tapi nice gak rasa dia. Cuma dia kena cuba tetapkan hari bukak dia. Sian kat orang yang nak merasa kan.

Kalau nengok gambo ni, mesti pelik kan. Apasal la makan sampai ke kabinet ni ha. Kisahnya bebudak ni memang suka makan depan tv. Tapi sejak ziqri dah makin ligat nih, memang kena cari tempat strategik yang mana ziqri tokleh kacau. Nak tengok tv jugak so.. pepandai la kan nak hidup>>>>



©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
apakes la sampai cenggini gaya makan dia.. semata mata nak elak ziqri kacau.. kikikiki

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
makan jangan tak makan. inaz tu makan kerang ja tuh

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
iqa toksah citer.. char koey toew die hard fan

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
kejap ajer diaorang abiskan nih..

Enjoice...Sharing is power!!!

Ulasan

hana berkata…
ala..
sdapnye char koey teow..
tbe2 ase t'ingin plk nk mkn mlm2 nh..
aish..
=D
papabear berkata…
berselera betul dorang makan :)
ameliafarina berkata…
tak muak ke mkn char koey teow hari2 ?
akubiomed berkata…
Alahai 2 orang anak dara bukan main kusyuk makan kueh tiaw atas kabinet tv :-)
Madd berkata…
cam sedap jer...
hehehhehe
char koey teow. terbaik. rasa mcm mengidam pulak malam2 ni:)

btw, salam ziarah di sini ya:)
mie berkata…
fuh!!!
tiba2 gue pun lapo char koey teow

Catatan popular daripada blog ini

Jelly Beans

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

SPM 2018 Result : Analisa & Ranking SBP