Brother MFC-J415W 4 in 1 color printer



Petang semalam aku beli jugak printer ni. Harga pun dah dapat terbaeekkk!!!! untuk siap modified kan. RM599. Apa yang best tentang printer ni adalah dia ada semua fungsi yang aku nak, scanner, copier, direct print dari memory card, print dari wireless device dan ada fax beb. Petang tu terus pasang dan test semua fungsi. Dan semuanya success.. Terbaeekkk!!!!Yang best pasal ink modified ni adalah, dia direct terus. Takde kabel kabel lagi.

Untuk fungsi wireless printing, for notebook; korang memang kena install driver guna cd yang dibekalkan. Kat situ ada pilihan samada printer disambung secara usb atau wireless. Yang lain semua dia set sendiri. Untuk mobile device, cam aku pakai tab, kena download app brother iPrint & Scan. Boleh gunakan semua function secara terus kecuali fax dan copier. Nanti aku sental lagi apa yang android boleh buat.



Key.. Ni box dia. Sampai ja rumah terus unboxing.



Bukaan pertama. Semua tersusun kemas lam kotak dia



4 kabel dibekalkan. 1 usb, 1 line sambungan telefon, 2 power kabel, 1 jer yang kita pakai. Satu lagi kepala lain. Dia actually prepare kotak ni untuk worldwide. Tu yang sampai dua jenis kepala tu.



Basic user guide, dan 1 set kertas photo..



Ni yang main. 1 cd Installer, 1 cd bahan bacaan dalam bentuk ebook dan starter manual. Ikut jer satu per satu, pastu dah boleh pakai sepenuhnya.



Dah bukak dah printernya.



Dia punya ink sebenar. Aku tak pakai pun sebab aku akan pasang ink modified.



Dah siap pasang, kecuali ink. Untuk ink, ikut sahaja arahan pada lcd panel dia tu. Memang tak tercicir punyalah..



Anybody want this?? Still functioning with E05 error. Tu pasal aku beli baru pasal aku nak satu sistem yang lebih mantap dia nyer pengurusan ink.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

PERMOHONAN ONLINE KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (MENJURUS KEPADA DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA) AMBILAN JUN 2016

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Memakan Daging Saudara SeIslam