Sambutan Perayaan Hari Guru 2012



Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.
Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.


TEMA HARI GURU 2012

Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara


LAGU TEMA HARI GURU 2012

Kita Berbicara Tentang Inovasi
Ciptaan Baharu Gaya Hidup Kini
Meningkatkan Produktiviti Terkini

Bangun Beranikan Terima Seruan
Mendidik, Memimpin Penuh Berwawasan
Menciptakan Kreativiti
Melahirkan Guru Inovatif

Sahutlah Cabaran, Perubahan
Daulatkan Bidang Pendidikan
Guru Inovatif Melonjakkan
Transformasi Pendidikan Negara
Malaysia Ku Tercinta
Kita Berbicara Tentang Inovasi
Ciptaan Baharu Gaya Hidup Kini
Meningkatkan Produktiviti Terkini

Tiada Pernah Jemu Tiada Putus Asa
Sedia Menimba Ilmu Di Mana Saja
Binakanlah Keyakinan
Merentasi Segala Harapan

Lagu : Rosman bin Adam
Lirik : Zainal Ariffin bin Yusof

Dengar | Muat turun lagu(Set Lengkap)


PELANCARAN PERAYAAN HARI GURU KEBANGSAAN 2012


16 Mei 2012 (Rabu)
8.00 pagi
Dewan Jubli Perak, Kuala Kangsar, Perak


OBJEKTIF HARI GURU MALAYSIA
  • Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.
  • Menarik perhatian ibubapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia.
  • Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah di antara guru.
  • Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.
  • Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar, persidangan-persidangan, dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru.
  • Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan.

LOGO HARI GURU



Putih
  • Menunjukkan kesucian, kesabaran, kesempurnaan dan keamanan.


  • Perak
  • Menunjukkan rakyat berbilang bangsa bersatu padu dan teguh.


  • Kuning
  • Sinaran cahaya yang cemerlang pada masa hadapan. Bulan dan bintang membawa erti yang terkandung dalam bendera Malaysia.


  • Merah
  • Menunjukkan keteguhan semangat.


  • Biru
  • Menunjukkan perpaduan muhibah.


  • Dari pusat lambang tersebut, muncullah buku yang memberi ilmu pengetahuan dalam segalalapangan bagi kepentingan negara yang aman dan makmur. Di hadapan buku didapati rekabentuk seorang murid yang sentiasa memerlukan pengajarandan pendidikan daripada guru. Dua reka bentuk di antara murid dan buku, ialah guru perempuan dan lelaki berfikiran sama dalam segala lapangan tentang mata pelajaran dan kokurikulum. Mereka sentiasa menggalakkan murid-murid supaya meninggikan mutu pelajaran dan kegiatan kokurikulum mengikut prinsip-prinsip Rukun Negara. Dari bawah didapati satu garisan bulat yang tebal mengandungi slogan "HIDUP BERBAKTI". Ini menjadi sebuah tapak yang luas dan kukuh membuktikan perpaduan guru.


    IKRAR HARI GURU

    Bahawasanya kami
    Guru-guru negara Malaysia
    Dengan ini berikrar
    Mendukung terus cita-cita kami
    Terhadap tugas kami
    Dan menyatakan keyakinan kami
    Pada cita-cita murni pekerjaan kami
    Kami akan berbakti
    Kepada masyarakat
    Dan negara kami.

    Kami sentiasa menjunjung
    Perlembagaan negara
    Kami mengamalkan
    Prinsip-prinsip Rukun Negara
    Pada setiap masa.

    Ulasan

    Catatan popular daripada blog ini

    Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

    PERMOHONAN ONLINE KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (MENJURUS KEPADA DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA) AMBILAN JUN 2016

    PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Memakan Daging Saudara SeIslam