Cuti dua hari tambahan

mknace unlimited™ | orang yang sentiasa memenuhi ruang menunggu di klinik
Orang memang ramai kat sini... setiap hari...
 Pagi tadi nak tak nak aku gi jugak klinik. Ziqri asyik merengek sakit mulut. Tak sedap la pulak rasa hati ni. Tapi leh kata 5 minit gak aku nak putuskan samada nak masuk atau tak poliklinik gelang patah nih. Tu yang agak tak masuk akal jugak la kan. Patutnya, terus jer la masuk kan.

Pasalnya... Memang aku dah nampak barisan panjang tuh. Dapat nombor giliran yang ke 19. Pergghh.. Kat monitor baru giliran ke 5. Layan ajer la. Si Ziqri cam biasa merengek. Nak tak nak, kuar jap jengjalan kat luar. Bukan sekali, bukan dua kali. Sampai nombor aku dipanggil, 3 kali aku keluar masuk klinik nih. Tu lum kira berdiri saja mendokong super manja Ziqri nih. Layan ajer la.

Sekali lagi dalam dilema kat dalam. Ada jangkitan la pulak kat dalam mulut Ziqri. Doktor Manisha suruh aku buat keputusan. Nak refer ke pakar atau nak try tukar ubat dulu. Aku pilih try tukar ubat dulu, aku pantau lam 24 jam. Tu yang terus call opis, sambung cuti lagi sari. Nak buat cemana kan. Yang pasti semua ubat bertukar. Antibiotik, ubat demam, ubat sakit mulut. Malam ni nampak dah surut sikit bengkak mulut ziqri. Alhamdulillah.. Harap esok bertambah pulih la kan. InsyaAllah.

Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!


mknace unlimited™ | Ziqri bersama ration untuk mulutnya
Ziqri bersama ration untuk dia. Only at Mydin

ps : Setel jer kat klinik, langsung aku ke Mydin. Cari ration cam yang dicadangkan oleh doktor tadi. Yang penting katanya kasi benda benda yang sejuk. Tu yang langsung beli sumi, aiskrim vanilla. Dettol jangan cerita la, antiseptik, sabun, cuci lantai. Semua sekali ditapau. Tak sedap dengar yang virus ni hampir menyerupai penyakit ehem ehem dan mulut tu...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

PERMOHONAN ONLINE KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (MENJURUS KEPADA DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA) AMBILAN JUN 2016

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Memakan Daging Saudara SeIslam