Rewang Khamis : Telur Pindang

Hari ni rewang buat telur pindang. Telur pindang ni dibuat dengan merebus telur dalam renehan lebih 10 jenis herba tempatan macam daun senduduk, serai, daun jambu batu, halia, lengkuas, ketumbar, jintan, bunga lawang, buah pelaga, bunga cengkih, kulit kayu manis dan banyak lagi herba lain selama tiga hari. Lagi lama direneh, semakin mesra rasa herba dengan isi telur. So, tadi pakat menyusun la dulu telur lam periuk. Susun rapat rapat untuk mengelakkan telur pecah masa direneh nanti. Setel satu layer, dau dan herba dilapisi dulu. Baru masuk layer telur seterusnya. Ulang sampai setel. Dah setel masuk kicap garam segala. Pastu baru kita masukkan air dan nyalakan api perlahan untuk reneh. Tunggguuuu... hari sabtu aku akan hapdet semula..

susun rapat rapat

layan dulu

tu dah tak sabar nak nolong ler tu

lapisan kedua daun dan herba

ok leh masuk telur dah

close up dulu

dah boleh dah

jom masukkan dik

baik dedua kebudak ni hari ni

different angle

seronok pagi ni

susun dan susun

laju gak kebudak ni wat kije

susun dik susun

orang dah makin ramai

makin laju wat kije

sementara itu

sarap sedang disiapkan

terus memasukkan telur

dah setel satu periuk

next periuk please

lepas ni leh hidupkan api untuk direneh

ok aaaa... nanti sabtu baru kita buka


Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!

Ping your blog, website, or RSS feed for Free


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

PERMOHONAN ONLINE KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (MENJURUS KEPADA DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA) AMBILAN JUN 2016

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Memakan Daging Saudara SeIslam