Edisi ronda ronda Kota Kinabalu, Sabah

Edisi ronda ronda Kota Kinabalu, Sabah. Ni pun entry lama sebenarnya. Cerita lama semasa program himpunan guru muda 1 malaysia zon sabah. Bulan 2 punya, tapi baru masuk. kekeke. sampai pun dah petang kat sana. tunggu flight en saiful sampai. lepak lepak jap. Pastu Sebelah petangnya sikit, memang aku ngan en.saiful jenjalan keliling kota kinabalu. Esoknya for sure dah sibuk ngan raptai bagai. Ni jer la peluang untuk jenjalan tengok angin kat tempat orang.




centre point ni la jadi tempat kami makan dan beli jajan untuk kunyah kunyah. sib baik berdepan ajer.. leh tahan besonyer. aku ronda sini dulu sementara nunggu kehadiran en.saiful



memula aku pelik apasal banyak sangat pompuan tercegat depan hotel, depan kedai di kaki lima nih. rupanya ada rumah urut. bukan 1, 2; bertabur...





kedai 24 jam kat bawah hotel klagan. nama kiut tuh... orange



so, jengjalan ke pasar malam dulu. best tuh membeli ikan sebelah laut. cool









sebelah depannya ada jual ikan dan hasil laut yang dibakar. fresh tuh




kami jengjalan lagi. ni kawasan hasil laut kering. nampak cam best jugak. banyak bender pelik yang aku jumpa. rumpai laut kering. waima kuda laut kering pun ada. ni brader dua orang ni suka tul bila aku ngambik gambo diaorang. peace...



kat depan ada deretan tukang jahit jalanan. lama tak nengok pemandangan cenggini










jalan ke jeti nak nengokkan udang basah. sekali sampai dah tutup ropernyer... nasib badan la. habis tu layankan ajer nelayan ni dok nurunkan ikan dari bot






ni aku nak amik gambo kuda laut kering yang digantung kat tali tu. tapi kena pakai kanta la kalau nak nengok. maybe diaorang buat tangkal kot.




haaa... pastu baru kami gi nengok mutiara kat pasar filipina. banyak tul design dia.. harga... pergghhhh... leh tahan gak ler..















sempoi la akak nih. siap bergambar lagi ngan mutiara dia. tapi aku tak beli apa pun. tanya ja lebih. takpa, kalau korang berkenan leh jumpa dia. design sini lelain ikut tokei yang membuatnya. pastu kitaorang berenti jap kat tempat orang juai ikan tadi minum air kelapa pandan. ada orang ngidam.









pastu, kitaorang sambung meratah ikan la pulak. boleh tahan la. aku pun tak tau nak ratah ikan apa. pakai amik ajer...





masa balik laluan mutiara masih banyak lagi. sesambil tu tanya. amik gambo, jalan, tanya, amik gambo jalan. sampaila ke hotel. kekeke


Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!

Ping your blog, website, or RSS feed for Free


Ulasan

Unknown berkata…
P 187 tuan imam hj asni ada minta pagar rumah burung dan minta batu bata 6 bandaul

Catatan popular daripada blog ini

Jelly Beans

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

Acustop Cataplasma Applied