Empat Terselamat Dalam Insiden Helikopter PDRM Terhempas Di Kelantan

Empat Terselamat Dalam Insiden Helikopter PDRM Terhempas Di Kelantan


Empat orang yang menaiki helikopter Polis Diraja Malaysia (PDRM) terselamat apabila pesawat itu terhempas ketika misi menghantar barangan makanan kepada mangsa banjir di Kampung Rambai, Tanah Merah, Kelantan, 6.30 petang, 31 Disember 2014.

Dua juruterbang dan dua anggota kru pesawat itu terselamat dan difahamkan keempat-empat mangsa yang terdiri daripada tiga lelaki dan seorang wanita mengalami kecederaan dan telah dibawa ke Hospital Tanah Merah.

Saksi mengatakan mereka melihat pesawat itu berlegar rendah di udara sebelum terdengar letupan lalu menjunam ke bawah.

Kejadian helikopter Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhempas di Kampung Rambai, Tanah Merah, Kelantan hari ini, ialah yang ketiga melibatkan helikopter pasukan itu terhempas dalam tempoh 15 tahun, kebetulan daripada jenis yang sama iaitu AS355 Ecureuil buatan Perancis.

Sebelum ini, sebuah helikopter PDRM terhempas pada 14 Dec 2010, di kawasan bekas lombong di Malim Nawar, dekat Kampar, Perak, yang mengorbankan seorang juruterbang pelatih polis, Inspektor Mohammad Sukri Othman, 31 semasa beliau menjalani sesi latihan penerbangan solo.

Pada 10 Feb 1999 - tiga anggota unit PDRM dan dua kakitangan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kelantan cedera apabila helikopter yang mereka naiki, terhempas ketika melakukan pendaratan di Lapangan Terbang Sultan Yahya Petra, Pengkalan Chepa, Kelantan, semasa mereka terlibat dalam tugasan menjalankan kerja pemantauan alam sekitar melalui udara.

Sehingga kini PDRM mempunyai 10 unit helikopter dan beberapa kapal terbang jenis Pilatus, Cessna and Beech craft King Air 350

-- BERNAMA
Foto : Berita harian

Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!

Ping your blog, website, or RSS feed for Free


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

Jelly Beans

PERMOHONAN ONLINE KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (MENJURUS KEPADA DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA) AMBILAN JUN 2016