Portal i-Sayang - Portal Pusat Maklumat Setempat Pendidikan Khas (PMSPK)

Portal i-Sayang - Portal Pusat Maklumat Setempat Pendidikan Khas (PMSPK)


Portal Pusat Maklumat Setempat Pendidikan Khas (PMSPK) atau lebih dikenali sebagai Portal i-Sayang menyediakan pelbagai maklumat berkaitan orang kurang upaya (OKU) yang disediakan oleh pelbagai kementerian dan agensi merangkumi kesihatan, kebajikan, pendidikan, kerjaya dan khidmat sokongan dari peringkat bayi sehingga dewasa. Semua maklumat ini diselaraskan oleh KPM yang bertindak sebagai lead agency dan melibatkan kerjasama enam (6) Kementerian lain iaitu :

  1. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat;
  2. Kementerian Kesihatan Malaysia;
  3. Kementerian Sumber Manusia;
  4. Kementerian Belia dan Sukan;
  5. Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia; dan
  6. Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah 
Portal i-Sayang juga menyediakan kemudahan bagi membolehkan OKU untuk mengakses portal ini.
Setiap laman boleh diubah suai untuk memenuhi keperluan individu yang mempunyai kategori ketidakupayaan yang berbeza khasnya buta, rabun, rabun warna dan disleksia.  Portal ini mensasarkan golongan pengguna berikut :

  1. Golongan berkeperluan khas (OKU)
  2. Ibubapa yang mempunyai anak berkeperluan khas
  3. Golongan pendidik yang terlibat dengan murid berkeperluan khas
  4. Majikan
  5. Masyarakat Umum

Matlamat dan hala tuju portal i-Sayang ialah memastikan semua masyarakat khasnya golongan OKU mendapat manfaat daripada portal ini selaras dengan tagline portal “We Are Here For You” atau “Kami Sentiasa Di Sisi Anda”.

Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!

Ping your blog, website, or RSS feed for Free


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jelly Beans

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

PERMOHONAN ONLINE KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (MENJURUS KEPADA DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA) AMBILAN JUN 2016