Beberapa Elemen Dalam Sistem Pendidikan Akan Dikemaskini

Beberapa Elemen Dalam Sistem Pendidikan Akan Dikemaskini


Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata beberapa elemen dalam sistem pendidikan negara perlu diperkemaskinikan.

Beliau bersependapat dengan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem agar Sarawak diberikan penurunan lebih kuasa banyak dalam hal-hal pendidikan.

Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri taklimat pendidikan di sini hari ini, Mahdzir berkata beliau akan mengadakan pertemuan dengan ketua menteri untuk mengetahui lebih lanjut mengenai perkara itu.

Sementara itu, Mahdzir berkata terdapat 390 sekolah menengah dan rendah di negeri ini yang masih menggunakan janakuasa elektrik (generator set) termasuk 114 berhampiran grid tenaga yang akan disalurkan bekalan elektrik.

-- BERNAMA

Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!

Ping your blog, website, or RSS feed for Free


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jelly Beans

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

SPM 2018 Result : Analisa & Ranking SBP