Jabatan Penerangan Johor Sedia 10,000 Bendera Sempena Kempen Kibar Jalur Gemilang

Jabatan Penerangan Johor Sedia 10,000 Bendera Sempena Kempen Kibar Jalur Gemilang


JOHOR BAHARU, 19 Ogos (Bernama) -- Jabatan Penerangan Johor menyediakan sebanyak 10,000 bendera untuk diagihkan kepada orang ramai sempena Konvoi Kempen Kibar Jalur Gemilang bermula awal bulan ini hingga 31 Ogos.

Pengarahnya, Zainudin Ismail berkata pengagihan Jalur Gemilang itu adalah bagi menyemarakkan lagi semangat kemerdekaan dalam kalangan masyarakat di negeri ini.

"Kita akan berhenti di setiap premis yang dikenal pasti bagi mengedarkan bendera tersebut.

"Kita juga menganjurkan pertandingan keceriaan merdeka di peringkat daerah dan negeri sejak 6 Ogos lepas agar orang ramai dapat menghayati bulan kemerdekaan," katanya selepas pelancaran konvoi itu, di sini Rabu.

Pertandingan itu dibahagikan kepada lapan kategori termasuk melibatkan premis individu, bangunan agensi kerajaan, swasta, kampung, sekolah, pintu gerbang dan media elektronik.

Pemenang setiap kategori di peringkat daerah akan mewakili Johor untuk bertanding di peringkat kebangsaan pada satu tarikh yang akan ditetapkan kelak, katanya.

-- BERNAMA


Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!

Ping your blog, website, or RSS feed for Free


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jelly Beans

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

PERMOHONAN ONLINE KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (MENJURUS KEPADA DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA) AMBILAN JUN 2016