AppgeNation - Pertandingan 24 jam Membangun Aplikasi Mudah Alih Kerajaan 2015

AppgeNation - Pertandingan 24 jam Membangun Aplikasi Mudah Alih Kerajaan 2015

AppgeNation - Pertandingan 24 jam Membangun Aplikasi Mudah Alih Kerajaan 2015

Pendaftaran : https://docs.google.com/forms/d/1JV5VggmpV_GB2F9ZPfht3h-HqOvLOvFKyfZQHIGAdZ0/viewform

Keterangan Lanjut : http://gamma.malaysia.gov.my/appgenation/

MATLAMAT PERTANDINGAN

  • Menyediakan platform untuk perkongsian pengetahuan dan kemahiran ke arah meningkatkan kualiti dan mempelbagaikan saluran penyampaian perkhidmatan agensi-agensi kerajaan. 
  • Mempromosikan produk/inisiatif MAMPU dalam merealisasikan visi kerajaan ke arah penggunaan aplikasi mudah alih untuk penyampaian perkhidmatan agensi-agensi kerajaan Malaysia kepada masyarakat umum. 
  • Menggalakkan penglibatan agensi-agensi kerajaan untuk membangunkan aplikasi mudah alih menggunakan AppGen. 
MASA PERTANDINGAN

  • Tempoh Pertandingan: 24 jam
  • Tarikh Mula dan Masa: 1 Disember 2015 (Selasa), 12:00 tengahari 
  • Tarikh Tamat dan Masa: 2 Disember 2015 (Rabu), 12:00 tengahari

LOKASI PERTANDINGAN

  • Bebas atau di agensi masing-masing.

TERMA DAN SYARAT

A) PASUKAN BERTANDING

  • Terbuka kepada semua penjawat awam Malaysia; 
  • Setiap agensi dibenarkan mendaftarkan lebih daripada satu pasukan dan setiap pasukan tidak melebihi dari empat (4) orang; dan
  • Pasukan yang kekurangan ahli semasa pertandingan berlangsung boleh meneruskan penyertaan atau menarik diri daripada pertandingan.

B) PENDAFTARAN PENYERTAAN


C) AKTIVITI PERTANDINGAN

  • Membangunkan aplikasi mudah alih menggunakan sistem AppGen yang boleh diakses melalui URL: appgen.gamma.malaysia.gov.my
  • Bagi agensi-agensi yang tidak dijemput menjalani kursus AppGen, manual pengguna akan dibekalkan oleh pihak penganjur pertandingan untuk membantu peserta memahami dan menguasai kemahiran menggunakan sistem tersebut. 
  • Aplikasi mudah alih dibangunkan dalam tempoh masa yang telah ditetapkan. Penyerahan yang dibuat selepas daripada itu tidak akan dinilai oleh panel juri. 
  • Aplikasi mudah alih yang dibangunkan adalah asli dan tidak terikat dengan mana-mana Harta Intelek (Intellectual Property) 
  • Produk yang memenuhi kriteria, berpotensi dan mempunyai impak kepada masyarakat umum akan dimuatnaik ke portal GAMMA dan didedahkan kepada orang awam. 
  • Sebelum memulakan proses pembangunan aplikasi mudah alih, agensi/pasukan atau wakilnya perlu menghadiri satu sesi taklimat yang akan diadakan selepas majlis pembukaan pertandingan. 
  • Semasa sesi taklimat, setiap agensi/pasukan akan menerima akaun pengguna AppGen yang baru (beserta kata laluan). 
  • Setiap agensi/pasukan yang telah menyerahkan aplikasi mudah alih akan diberi masa selama 20 minit bagi mempersembahkan hasil kerja masing- masing kepada panel juri. 
  • Makan malam hanya disediakan sekiranya aktiviti pembentangan berlarutan sehingga waktu malam. Penganjur pertandingan (MAMPU) tidak akan menyediakan perkakasan untuk agensi/pasukan membangunkan aplikasi mudah alih.

D) PENILAIAN

  • Setiap aplikasi mudah alih yang dibangunkan akan dinilai oleh panel juri profesional yang dilantik oleh pihak penganjur pertandingan. Keputusan panel juri adalah muktamad. Sebarang bantahan atau surat-menyurat tidak akan dilayan.

E) HADIAH/CENDERAHATI PERTANDINGAN

  • Pertama: RM5,000.00 + Trofi + Sijil 
  • Kedua: RM3,000.00 + Trofi + Sijil 
  • Ketiga: RM1,000.00 + Trofi + Sijil 
  • Sijil penyertaan (akan diberikan kepada setiap peserta)

F) PERUBAHAN

  • Penganjur pertandingan berhak untuk menukar, meminda, memotong atau menambah terma dan syarat pertandingan ini tanpa memberi sebarang notis terlebih dahulu pada bila-bila masa dan semua peserta akan terikat dengan perubahan tersebut.

G) LIABILITI
Penganjur pertandingan tidak akan bertanggungjawab ke atas perkara-perkara berikut:

  • Sebarang masalah, kehilangan atau kerosakan hasil daripada sebarang sebab yang dialami oleh mana-mana pihak yang disebabkan oleh kelewatan atau kegagalan dalam menerima dan menghantar Borang Penyertaan
  • Sebarang masalah, kerosakan atau kerugian dalam apa jua bentuk kepada kesihatan fizikal dan mental daripada mana-mana peserta yang tidak terhad untuk tempoh masa. 
  • Sebarang masalah, kerosakan atau kerugian dalam apa jua bentuk kepada mana-mana peserta dan barang-barang mereka kerana mengambil bahagian dalam pertandingan ini. 
  • Sebarang kesilapan (termasuk kesilapan dalam pemberitahuan pemenang), gangguan, pemotongan, kecacatan, kelewatan dalam operasi atau transmisi, kegagalan talian Internet, kecurian, kemusnahan, atau kemasukan penyertaan tanpa kebenaran, kegagalan fungsi perkasasan atau perisian yang timbul semasa pertandingan.

Peserta bertanggungjawab terhadap:

  • Apa-apa kemudahan dan peralatan yang disediakan oleh pihak penganjur kepada mereka bagi tujuan pertandingan ini. 
  • Memastikan kebersihan kawasan persekitaran yang digunakan semasa sesi taklimat dan pembentangan. 

H) KEHILANGAN KELAYAKAN

  • Penganjur pertandingan (MAMPU) berhak untuk membatalkan penyertaan agensi/pasukan didapati melanggar atau tidak mematuhi mana-mana terma dan syarat yang telah ditetapkan.

I) PERTANYAAN


Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!

Ping your blog, website, or RSS feed for Free


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jelly Beans

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

Acustop Cataplasma Applied