Layan Bulan on Gerhana Bulan Penumbra 20160323


Layan Bulan on Gerhana Bulan Penumbra 20160323. Malam yang tak berapa nak menyebelahi. Awan tebal. Sekali ja terselak jap. Mana taknya. Setiap masa aku kuar bersama inaz dan iqi. Tak nampak aaa. takpe. kita kuar semula 20 minit lagi. Cam tu la dari jam 7.50 malam. Alhamdulillah. Jam 9.06 malam terselak jap. Kejap ja. Masa nak zoom dah tutup balik. Bukan rezeki.





Laporan Ringkas Fenomena Gerhana Bulan Penumbra pada 23 Mac 2016 : jam 7.49 malam.
Fenomena Gerhana bulan Penumbra bukanlah Kejadian Gerhana Bulan yang sebenar sepertimana yang sedia dimaklumi iaitu bulan kelihatan gelap apabila berlaku gerhana .
Gerhana Bulan Penumra terjadi apabila bulan memasuki ke kawasan bayang nipis bumi ( شبه الظل ) , maka tidak kelihatan dengan mata kasar manusia berlaku perubahan pada nilai cahaya bulan ( نور ) . Ini berbeza dengan Gerhana Bulan Umbra apabila bulan memasuki kawasan bayang gelap bumi ( ظل المخروط ) dimana jelas dan nyata bulan kehilangan cahayanya ( نور ) .
Oleh itu Bahagian Falak , Jabatan Mufti Johor tidak membuat sebarangan pengumuman dan pemberitahuan kepada masyarakat umum di negeri johor berhubung fenomena Gerhana bulan penumbra pada 23 mac 2016 .
Maka tiada pekeliling yang di keluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri Johor untuk perlaksanaan solat sunat gerhana bulan .
Pada tahun ini 2016 , Fenomena Gerhana bulan penumbra berlaku sebanyak 2 kali iaitu :
1- 23 mac 2016 jam 7.49 malam
2- 17 sept 2016 jam 2.50 pagi .
Gerhana bulan umbra ( ظل المخروط ) iaitu bulan kelihatan gelap terjadi apabila jarak di antara detik bulan penuh purnama ( البدر ) dengan titik simpul atas ( العقدة الصاعدة ) atau simpul bawah ( العقدة النازلة ) tidak melebihi 12° .
Pada 23 mac 2016 detik bulan penuh purnama jam 8.02 malam manakala bulan berada pada titik simpul atas ( العقدة الصاعدة ) pada 22 mac 2016 jam 8.58 malam , maka jarak antara keduanya = 23 jam 4 minit / 12°27`.
Maka bulan tidak memasuki kawasan bayang gelap bumi ( ظل المخروط ) dan bulan berada di kawasan bayang nipis bumi ( شبه الظل ) yang di kenali dengan gerhana bulan penumbra. Rakyat Negeri Johor boleh melihat fenomena Gerhana bulan penumbra pada 23 mac 2016 dari jam 7.49 malam sehingga 9.59 malam dan mendapati tiada perubahan yang nyata pada wajah bulan.
Sekian laporan ringkas dari saya .

Haji Hanafiah bin Abdul Razak Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam,
Bahagian Falak Jabatan Mufti Johor.

---
#terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #‎Asus‬ #‎Zen4‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jelly Beans

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

SPM 2018 Result : Analisa & Ranking SBP