Pelaksanaan Program myLESEN

 Pelaksanaan Program myLESEN

Pelaksanaan Program myLESEN. Program myLesen ini merupakan satu inisiatif yang dirangka khusus kepada orang ramai khususnya golongan belia yang belum memiliki lesen memandu yang sah dan terdiri daripada mereka yang berumur 16 tahun ke atas di bandar dan luar bandar.  Program myLesen dengan kerjasama Institut Memandu bagi latihan menunggang motosikal kelas B2 tunggal sahaja (motosikal tidak melebihi 250 s.p.) ini dilaksanakan dengan objektif mewujudkan satu program komuniti berbentuk Corporate Social Responsibility (CSR) ke arah:

  1. melahirkan penunggang yang kompeten, mematuhi peraturan dan berhemah.
  2. memberikan manfaat kepada golongan belia dan mereka yang layak melalui insentif yang mengurangkan bebanan peningkatan kos sara hidup.
  3. membantu mengurangkan kadar kemalangan jalan raya (motosikal) melalui pengurangan golongan belia yang memandu tanpa lesen memandu yang sah.
  4. menanam rasa hormat (respect of law) dan patuh kepada undang-undang sebagai budaya selamat oleh pengguna jalan raya.

Program myLesen dengan tagline: 1Rakyat 1Lesen JPJ bersama Institut Memandu ini adalah lanjutan komitmen kerajaan melalui JPJ berdasarkan konsep merakyatkan perkhidmatan awamakan dilancarkan serentak di seluruh negara pada 15 September 2015.  Objektif Program myLesen ialah:


  1. Menggalakkan orang ramai memiliki lesen memandu yang sah.
  2. Membantu orang ramai yang amat memerlukan lesen memandu tetapi kurang mampu.
  3. Memberi pendidikan tentang undang-undang Jalan raya serta membina etika pemanduan selamat.
  4. Mengelakkan pihak ketiga bagi mengambil keuntungan yang melampau daripada calon pemandu.
  5. Merealisasikan sasaran kerajaan untuk mengurangkan kadar kemalangan motosikal melalui program peningkatan taraf pengetahuan, kemahiran dan sikap mengenai keselamatan jalan raya.
  6. Meningkatkan tahap kesedaran kepada orang ramai tentang bahaya menunggang tanpa lesen memandu yang sah.

Garis panduan, peraturan dan syarat-syarat penyertaan program myLesen adalah sebagaimana yang digariskan dalam borang pendaftaran myLesen. Sebarang pertanyaan berhubung butiran program myLesen hendaklah merujuk terus kepada pengurus program myLesen Institut Memandu berdekatan yang berdaftar dengan JPJ.

Borang pendaftaran myLESEN, senarai Institut Memandu yang melaksanakan program myLesen, dan maklumat am myLESEN boleh dimuat turun daripada laman portal JPJ:

  1. Senarai Institut Memandu
  2. Buku Program
  3. Soalan Lazim (FAQ) myLESEN
  4. Borang myLESEN

 ---
#terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #‎Asus‬ #‎Zen4‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

PERMOHONAN ONLINE KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (MENJURUS KEPADA DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA) AMBILAN JUN 2016

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Memakan Daging Saudara SeIslam