Pertembungan 4 penjuru PRK Kuala Kangsar

Pertembungan 4 penjuru PRK Kuala Kangsar

Pertembungan 4 penjuru PRK Kuala Kangsar. Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar menyaksikan pertembungan empat penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), PAS dan Parti Amanah Negara (PAN) serta seorang calon Bebas.

BN akan diwakili calonnya, Datin Mastura Mohd Yazid; calon PAS, Dr Najihatussalehah Ahmad, PAN diwakili Prof Dr Ahmad Termizi Ramli, sementara calon Bebas, Izzat Bukhari Ismail Bukhari.

Pengumuman senarai calon itu diumum Pegawai Pengurus Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Mior Muhammad Jamil Mior Zakaria, di Dewan Jubli Perak, di sini sebentar tadi.

Wakil Mastura mengemukakan borang pencalonan pada jam 9.01 pagi, Dr Najihatussalehah pada jam 9.05 pagi dan masing-masing pada jam 9.10 pagi oleh calon PAN dan Bebas, Ahmad Termizi dan Izzat.

SPR juga memaklumkan tiada borang pencalonan ditolak selepas kesemuanya menepati syarat bertanding ditetapkan agensi itu, hanya satu yang menarik diri iaitu atas tiket calon Bebas.

Datuk Abu Backer Sidek tidak meneruskan hajatnya bertanding dalam PRK Kuala Kangsar dan keluar dari Pusat Penamaan Calon pada jam 10 pagi.

Beliau bagaimanapun tidak menjelaskan secara terperinci sebab menarik diri.

Sumber Berita - Berita Harian
Sumber Gambar - Perak Today

---
#terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #‎Asus‬ #‎Zen4‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jelly Beans

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

SPM 2018 Result : Analisa & Ranking SBP