PENGAMBILAN GURU TAHFIZ DAN GURU DINI SECARA INTERIM DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH KPM AMBILAN TAHUN 2016

PENGAMBILAN GURU TAHFIZ DAN GURU DINI SECARA INTERIM DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH KPM AMBILAN TAHUN 2016

Permohonan Pengambilan Guru Tahfiz Secara Kontrak di Sekolah Menengah KPM

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa calon yang berkelayakan, berpotensi,
berminat dan beriltizam untuk menjadi Guru Tahfiz dan Guru Dini secara interim di sekolahsekolah
menengah KPM Ambilan Tahun 2016 berdasarkan Skim Perkhidmatan Pegawai
Perkhidmatan Pendidikan (PPP). Tarikh tutup permohonan adalah pada 29 Ogos 2016. Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.jobsmalaysia.gov.my/jcs/index.faces.

Muat turun iklan jawatan di bawah.
http://www.moe.gov.my/cms/upload_files/articlefile/2016/articlefile_file_004632.pdf

KETERANGAN PROGRAM

  1. Tajuk: Pengambilan Guru Tahfiz dan Guru Dini secara interim untuk ditempatkan di sekolah menengah KPM Ambilan Tahun 2016.
  2. Nama Perjawatan: Guru Tahfiz dan Guru Dini Secara Interim.
  3. Tempoh Interim: Sehingga dilantik secara kontrak (Contract Of Service) oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Malaysia (SPP).
  4. Mengikuti latihan Diploma Perguruan Lepas Ijazah (DPLI) Secara Mod Latihan Perguruan Kursus Dalam Cuti (KDC) di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dalam tempoh yang ditetapkan. 

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN ASAS

Calon-calon hendaklah:
  1. Warganegara Malaysia
  2. Sihat tubuh badan
  3. Umur tidak melebihi 35 tahun pada 1 Januari 2016
  4. Memiliki kelulusan akademik sekurang-kurangnya:
    • Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengajian Islam atau Pendidikan Islam atau Pengajian Bahasa Arab atau Takhassus Qiraat/Tahfiz Wal Qiraat atau bidang-bidang yang berkaitan yang setaraf dengannya daripada Universiti Awam (UA) atau Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) tempatan atau luar negara.
    • Guru Tahfiz disyaratkan memiliki Diploma Tahfiz atau Sijil Tahfiz Malaysia (STM) yang diiktiraf oleh Darul Quran, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
    • Bagi calon yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Takhassus Qiraat/Tahfiz Wal Qiraat dikecualikan daripada syarat di para di atas.
    • Memperoleh salinan cetakan pengiktirafan kelayakan secara dalam talian dan bertepatan dalam tempoh pengiktirafan sekiranya memiliki ijazah atau diploma daripada UA atau IPTS tempatan dengan merujuk kepada laman sesawang Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) di alamat http://app.mohe.gov.my/iktiraf/ atau Memperoleh surat pengiktirafan ijazah daripada KPT secara bertulis atas nama calon (bukan cetakan secara dalam talian) sekiranya memiliki ijazah daripada institusi luar negara.
    • Memiliki kepujian Bahasa Melayu di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). 
MAKLUMAT JAWATAN

  1. Jawatan/ Gred: Guru Tahfiz Interim / Guru Dini Interim Gred DC41.
  2. Kumpulan Perkhidmatan: Pengurusan dan Profesional.
  3. Klasifikasi Perkhidmatan: Perkhidmatan Pendidikan.
    • Taraf Jawatan: Interim.
    • Elaun Bulanan Permulaan:
      • RM2149.03 bagi Ijazah Sarjana Muda (Kepujian)
      • RM1944.62 bagi Ijazah Sarjana Muda (Am)
    • Elaun Tetap dan Kemudahan: seperti kelayakan yang dinyatakan pada Surat Penyelarasan Bayaran Elaun Bulanan Serta Elaun Dan Kemudahan Bagi Perkhidmatan Guru Interim Di Kementerian Pendidikan Malaysia rujukan KP(PP)0017/122/68(31) bertarikh 8 Mei 2013 tertakluk kepada peraturan-peraturan terkini Perkhidmatan Awam lain yang sedang berkuat kuasa.

CALON TIDAK LAYAK MEMOHON

  1. Calon yang masih terikat dengan kontrak perkhidmatan Agensi Kerajaan termasuk yang sedang mengikuti DPLI Secara Mod Latihan Perguruan KDC atau Mod Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS) kelolaan KPM.
  2. Calon yang masih terikat dengan kontrak perkhidmatan Agensi Kerajaan Negeri atau mana-mana pihak dan tidak mendapat pelepasan daripada pihak tersebut.
  3. Calon yang diisytiharkan bankrap.
  4. Calon yang dikenakan tindakan tatatertib atau sedang dalam proses tindakan tatatertib semasa dalam perkhidmatan atau latihan.
  5. Calon yang pernah mengikuti program ikhtisas di IPGM, KPM tetapi gagal dalam peperiksaan dan ditamatkan daripada program.
  6. Calon yang pernah meletak jawatan dalam perkhidmatan Kerajaan.
  7. Calon yang berjawatan tetap dalam Agensi Kerajaan atau badan berkanun.
  8. Calon yang pernah disabitkan dengan kesalahan penyalahgunaan dadah atau jenayah
  9. Calon yang berada dalam senarai peminjam tegar seperti Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan lain-lain.

CARA MENGEMUKAKAN PERMOHONAN

  1. Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian dengan melayari laman sesawang Kementerian Sumber Manusia Malaysia di alamat :
  2. Borang tersebut boleh dikemaskini pada bila-bila masa sahaja dan hendaklah dihantar sebelum tarikh tutup permohonan.
  3. Calon yang didapati memberi maklumat salah/tidak benar/manipulasi maklumat dalam borang permohonan akan diambil tindakan dengan menarik balik surat tawaran dan dikenakan tindakan undang-undang. Maklumat ini akan disemak secara terperinci pada hari pendaftaran dan selama tempoh perkhidmatan.

MAKLUMAN DAN PERHATIAN

  1. Pemohon akan dipanggil sesi temu duga jika dokumen lengkap yang telah diterima oleh Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) sebelum atau pada 30 Ogos 2016. Dimohon muat turun senarai semak dokumen dengan melayari laman sesawang Bahagian Pendidikan Islam di alamat http://www.moe.gov.my/my/Berita-Makluman-BPI.
  2. Maklumat berkaitan status permohonan yang berjaya dipanggil temu duga akan dimaklumkan secara e-mel dan calon dikehendaki membawa salinan cetakan e-mel semasa temu duga.
  3. Pemohon yang sedang berkhidmat dengan Agensi Kerajaan atau badan berkanun (bukan berjawatan tetap) dikehendaki membawa surat kebenaran dan salinan kenyataan rekod perkhidmatan daripada Ketua Jabatan semasa temu duga.
  4. Permohonan yang berjaya ditawarkan tempat, hendaklah bersetuju dan patuh dengan syarat kontrak perjanjian serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa untuk berkhidmat di mana-mana sekolah seperti yang diarahkan oleh pihak Kerajaan.
  5. Pemohon yang tidak menerima sebarang maklumat selepas 31 Januari 2017 adalah dianggap tidak berjaya. KPM tidak akan mengeluarkan makluman secara bersurat kepada pemohon.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

29 OGOS 2016 (ISNIN), SEBELUM JAM : 11.59 MALAM

ALAMAT BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM, KPM

Sila hubungi alamat berikut sekiranya ada sebarang pertanyaan berkaitan permohonan:

BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS BAWAH & 2, NO 2251
BANGUNAN MUSTAPHA KAMAL
JALAN USAHAWAN 1, 63000 CYBERJAYA
SELANGOR DARUL EHSAN
(u.p : Sektor Operasi Pendidikan Islam)

No. Telefon : 03-83217307/7299/7277/7265/7317/7315/7282
E-mel : bpi.kpm@moe.gov.my

Sila hubungi no. tel.: 03-83202713/4/5 atau e-mel: jobsmalaysia@mohr.gov.my sekiranya mengalami masalah teknikal semasa membuat permohonan secara atas talian di laman sesawang terhadap penggunaan portal JobsMalaysia.

---
#terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #‎Asus‬ #‎Zen4‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jelly Beans

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

SPM 2018 Result : Analisa & Ranking SBP