4,896 Calon Dapat Semua A Berdasarkan Format Baharu UPSR 2016


4,896 Calon Dapat Semua A Berdasarkan Format Baharu UPSR 2016. Semalam agak menarik. Suasana yang berbeza berbanding tahun sebelumnya. Aku agak lambat terasa bahang sebab ada mesyuarat khas yang lain di lokasi pun agak jauh. Biasanya suasana ceria, update FB yang meriah. Tapi semalam lain. Lambat semuanya. Mood kurang ceria. Bagi aku. Satu langkah permulaan yang baik. Cream of cream. Kalau betullah ejaan aku tu. Hehehe. 4896 yang betul betul pure diamond. Memang tengok dari segi gred pun agak tinggi. 90 tak salah baru A. Kalau tak salah lah ye. Dengan format baharu yang lebih menyeluruh, hilangkan konsep menghafal. Yang ni memang aku paling suka. Sebab dari dulu aku memang tak suka dengan budak menghapal aje. Ingat lagi kes yang aku kena tegur sebab aku bagi kosong terus aje kalau aku jumpa budak tanda kertas OMR secara berpola. Ni benda benda yang perlu kita banteras dari awal, dan langkah kementerian bagi aku sangat baik. We need the thinking generation, bukannya hapal generation. Bila dah keluar ke bidang pekerjaan, apa pun tak dapat. Better late than never.

Lewat petang baharu aku sampai rumah. Benda pertama aku buat. Ambik telepon, telepon haiza. Bateri henfon lain semua dah kong. Tu masalah utama aku bila aku outstation. Tak reti nak bawak powerbank walaupun ade. Call. Zulaika yang angkat. Kakak ada. Dapat la cakap ngan Rabiatun. Dia ambil UPSR tahun ni. Nada cam nak nangis pun ada. 3A 2B 1C. Takpe aku cakap. Itu dah yang terbaik diperolehi. Yang penting dah usaha yang terbaik. Hmmm.. Lupa pulak Asyraf pun ada anak UPSR kan. Sambil nulis ni baru teringat. Nanti call dia pulak. Tahun depan giliran Isya pulak. Tahun berikutnya adik Inaz. Apa pun yang mereka dapat, yang penting mereka dah usaha. Jangan patahkan semangat. Perjalanan baharu bermula. Baru tangga pertama. Jadikan ikhtibar. Apa yang kurang kita tingkatkan lagi usaha. All the best for all.

PS : Bila teringat balik zaman kita dedulu amik. Memang gini la suasana. Sekolah aku dulu 4 orang ja straight A. Amik SRP, amik SPM. Tapi memang nampak. Yang straight A itu memang the best of the best. Cuma tang semua E tu agak mengerikan. Need to do something bilamana straight E dua kali ganda dari straight A
Seramai 4,896 daripada 452,721 murid mendapat keputusan cemerlang Gred A bagi semua mata pelajaran dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2016, kata Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Dr Khair Mohamad Yusof.
Beliau berkata calon tahun ini merupakan kohort pertama yang menduduki peperiksaan itu di bawah format baharu UPSR sejajar pelaksa-naan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang turut menekankan unsur-unsur Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).
"Kita tidak boleh membandingkan analisis UPSR 2016 daripada tahun lalu (38,344 dapat Gred A) kerana ini merupakan kohort pertama yang mengikuti KSSR," katanya mengumumkan analisis keputusan UPSR 2016 di Kementerian Pendidikan

---
#terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #‎Asus‬ #‎Zen4‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jelly Beans

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

SPM 2018 Result : Analisa & Ranking SBP