Bengkel Jurulatih Utama 1BestariNet Fasa 2 KPM 2016 Zon Selatan : Day 3


Bengkel Jurulatih Utama 1BestariNet Fasa 2 KPM 2016 Zon Selatan : Day 3. Hari ni hari last untuk kami. Bengkel pun bengkel yang terakhir untuk 2016. Yang paling takbest adalah banyak sangat benda aku tinggal kat rumah on the way ke bengkel. Bila dah sampai baru sedar kamera tinggal, switch tinggal, bekas air tinggal. Segala-galanya. Yang ada dengan aku hanyalah laptop kerja acer aku tu. Ni semua gara-gara mindset tak fokus. Dapat task adhoc. Mindset tertumpu ke situ aje. Memang celaru sikit la hari ni. Jap nengok laptop, jap tumpu pada trainer. Sib baik hari ni banyak simulasi daripada apa yang kita dapat dari kedua-dua hari sebelum. Cuma dua simulasi terakhir aku tinggalkan kerja sebab kena terlibat secara aktif dalam simulasi tersebut. Untuk trainer. Sori pasal tak berapa nak tumpu macam dua hari sebelum :P.

Hari ni memang menarik sebenarnya. Sebab kami involve secara terus, walaupun sebenarnya masih belum tercabar sebab masih belum berlari di padang berbeza. Cheewah! Tapi quite ok la. Cuma part jadi coachee dan coach tu agak funny sikit la pasal yang kita berinteraksi tu memang dah kita kenal. Tapi aku try la untuk jadi pelakon yang menghayati watak seperti yang diarahkan dalam kad simulasi tu. The best la team ngan zamzure. Kekeke. Yang kedua. Kami kena rancang untuk setup coach komuniti. Yang ni kelakar. At last aku rasa minda kami semua hampir sama. Hehehe. Cara penyampaian aje yang membezakan antara kumpulan.

Sebelum balik. Kami buat sesi group photo. Alang alang Amran bawak drone aku cadang pakai drone. Barulah vogue sikit kan. Kekeke. Dapat foto nanti aku share. Tungguuu... Aku amik gambo pun dah mula masuk aktiviti terakhir. Pakai Zen2 aje. Huhuhu.





---
#terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #‎Asus‬ #‎Zen4‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jelly Beans

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

SPM 2018 Result : Analisa & Ranking SBP