PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Mudah Bertemu Allah Di Hari Kiamat


PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Mudah Bertemu Allah Di Hari Kiamat

عَنْ أَبِي الْأَحْوَصِ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ مَنْ سَرَّهُ أَنْ يَلْقَى اللَّهَ غَدًا مُسْلِمًا فَلْيُحَافِظْ عَلَى هَؤُلَاءِ الصَّلَوَاتِ حَيْثُ يُنَادَى بِهِنَّ فَإِنَّ اللَّهَ شَرَعَ لِنَبِيِّكُمْ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سُنَنَ الْهُدَى وَإِنَّهُنَّ مِنْ سُنَنِ الْهُدَى وَلَوْ أَنَّكُمْ صَلَّيْتُمْ فِي بُيُوتِكُمْ كَمَا يُصَلِّي هَذَا الْمُتَخَلِّفُ فِي بَيْتِهِ لَتَرَكْتُمْ سُنَّةَ نَبِيِّكُمْ وَلَوْ تَرَكْتُمْ سُنَّةَ نَبِيِّكُمْ لَضَلَلْتُمْ وَمَا مِنْ رَجُلٍ يَتَطَهَّرُ فَيُحْسِنُ الطُّهُورَ ثُمَّ يَعْمِدُ إِلَى مَسْجِدٍ مِنْ هَذِهِ الْمَسَاجِدِ إِلَّا كَتَبَ اللَّهُ لَهُ بِكُلِّ خَطْوَةٍ يَخْطُوهَا حَسَنَةً وَيَرْفَعُهُ بِهَا دَرَجَةً وَيَحُطُّ عَنْهُ بِهَا سَيِّئَةً وَلَقَدْ رَأَيْتُنَا وَمَا يَتَخَلَّفُ عَنْهَا إِلَّا مُنَافِقٌ مَعْلُومُ النِّفَاقِ وَلَقَدْ كَانَ الرَّجُلُ يُؤْتَى بِهِ يُهَادَى بَيْنَ الرَّجُلَيْنِ حَتَّى يُقَامَ فِي الصَّفِّ

Dari Abu Al Ahwash dari Abdullah, katanya; "Barangsiapa yang ingin mudah menjumpai Allah  pada hari kiamat nanti dalam keadaan beriman maka hendaklah ia menjaga solat-solat fardu dengan menunaikan di tempat azan dilaungkan, sesungguhnya Allah telah mensyariatkan kepada nabi kalian sunnah-sunnah petunjuk, dan sesungguhnya semua solat, diantara sunnah-sunnah petunjuk itu, kalau kalian solat di rumah kalian sebagaimana seseorang yang tidak hadir di masjid, atau rumahnya, bererti telah kalian tinggalkan sunnah nabi kalian, sekiranya kalian tinggalkan sunnah nabi kalian, sungguh kalian akan sesat, tidaklah seseorang berwuduk dengan memperelokkan wuduknya, kemudian ia menuju salah satu masjid yang ada, melainkan Allah menulis kebaikan baginya dari setiap langkah kakinya, dan dengannya Allah mengangkat darjatnya, dan menghapus kesalahan kerananya, menurut pendapat kami, tidaklah seseorang ketinggalan dari solat berjemaah, melainkan dia seorang munafik yang jelas kemunafikannya, sungguh dahulu seseorang dari kami akan dipapah diantara dua orang hingga didirikan di saf solat yang ada." (HR Muslim No: 1046) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Orang yang diberi kemudahan bertemu Allah  pada hari kiamat dalam keadaan beriman ialah mereka yang menjaga solat fardu dengan menunaikan ditempat-tempat azan dilaungkan (masjid).

2.  Antara sunah Rasulullah ialah menunaikan solat fardu di masjid. Mereka yang meninggalkannya bererti meninggalkan sunah Rasul.
Sekiranya ditinggalkan sunnah ini, boleh menjadi penyebab seseorang itu disesatkan.

3.  Seseorang berwuduk dengan sempurna di rumah, kemudian ia menuju salah satu masjid yang ada, nescaya Allah akan menulis kebaikan baginya dari setiap langkahan kakinya.  Antara kebaikan tersebut ialah Allah mengangkat darjatnya, dan menghapus kesalahan dosanya.

4.  Seseorang yang meninggalkan solat berjemaah (tanpa uzur), dia memiliki sifat munafik yang jelas kemunafikannya.

Kata Abdullah Al-Fauzan: Seseorang yang meninggalkan solat jamaah menunjukkan akan beratnya dia melaksanakan solat. Hal ini adalah tanda bahawa hatinya terdapat sifat kemunafikan. Untuk melepaskan diri  dari sifat tersebut, perlu menjaga solat berjamaah.” (Minhatul ‘Allam fii Syarh Bulughil Maram, 3: 365)

5.  Di zaman Rasulullah SAW dan para sahabat,  mereka sanggup dipapah untuk dibawa kedalam saf solat yang ada bagi melaksanakan solat berjamaah.

Istiqamahlah bagi lelaki untuk solat berjemaah di masjid agar kita memperoleh kemudahan dipertemukan dengan Allah di hari akhirat, ditinggikan darjat, diampunkan dosa dan jauh dari sifat orang munafik.

#Semarak Ukhuwah Memacu Perubahan#
#Malaysia Menuju Negara Rahmah#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor
 
14hb Sept  2017
23hb Zulhijjah 1438H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram

---
#terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jelly Beans

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

PERMOHONAN ONLINE KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (MENJURUS KEPADA DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA) AMBILAN JUN 2016