Datuk Dr. Amin Bin Senin dilantik sebagai Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia


Datuk Dr. Amin Bin Senin dilantik sebagai Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia. Tahniah diucapkan atas pelantikan YBhg. Datuk Dr. Amin Bin Senin sebagai Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia mulai  19 Oktober 2017 bagi menggantikan YBhg. Tan Sri Dr. Khair Bin Mohamad Yusof.

YBhg. Datuk Dr. Amin Bin Senin berkelulusan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Sains & Pendidikan dalam bidang Matematik dari Universiti Sains Malaysia, Ijazah Sarjana Sains (Pembangunan Sumber Manusia) dari Universiti Putra Malaysia dan Doktor Falsafah (Perancangan dan Pembangunan Sumber Manusia) dari Universiti Malaysia Sabah. Beliau telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama lebih 33 tahun apabila mula menyertai Perkhidmatan Pendidikan pada 01 Ogos 1984.

Pelantikan YBhg. Datuk Dr. Amin Bin Senin adalah berdasarkan ciri-ciri kepimpinan, kelayakan, pengalaman dan kompetensi yang dimiliki oleh pegawai khususnya dalam bidang pengurusan dan pembangunan pendidikan semasa memegang jawatan-jawatan seperti:

  • Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Sektor Pembangunan Profesionalisme Keguruan), Kementerian Pendidikan Malaysia;
  • Pengarah, Institut Aminuddin Baki, Kementerian Pendidikan Malaysia; dan
  • Timbalan Rektor, Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia.


---
#terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

SPM 2018 Result : Analisa & Ranking SBP

KAEDAH PEMBERHENTIAN SUMBANGAN YaPEIM MELALUI POTONGAN GAJI BULANAN