Ekspo Johor Berkemajuan 2017 : Majlis Penutup dan a little sight seeing


Ekspo Johor Berkemajuan 2017 : Majlis Penutup dan a little sight seeing. Petang ni aku gerak ke Kota Iskandar. Aku just naik JD05. Bas yang disediakan  di Terminal Gelang Patah. Malas nak cari parking dan menapak jejauh dalam keadaan macam ni. Jam 2.45 aku dah terpacak sebelah bas. Bas gerak jam 3.00 pm. Sampai aje. Terus menapak. Of cos slowly la kan. Kali ni aku pakai tambahan ankle supporter. Kui kui kui. Banyak tul supporter aku ni. Kalau lepas yang hari ni. Esok lepas la aku kat Persada. Tu pun tengok keadaan la jugak kan. Sampai. Ngam ngam 3.25 pm. Orang sangat ramai. Majlis ikut tentatif mula jam 3.30 pm. Lepak jap sambil membelek buku program yang disediakan. Jumpa pulak peta johor aku tu. Haiisshhh.

Nengok orang depan aku bangun dan gerak. Apasal pulak. Sekali nengok jam rupanya dah jam 4.00 pm. Akak sebelah aku pun dah mula nak gerak. Takde rezeki katanya. Bas dia pun dah nak gerak katanya. Anak dia sampai dah lentok kat lengan aku. Dari pagi katanya. Memang sebelum balik nak nengok TPM secara dekat. Takpe lah kak. Dah 4.30 pm baru kumpulan TPM sampai. Naik buggy tu. Tadi berhenti untuk merasmikan KPJ IBM kat dalam. Patut la lama. Sian orang yang menunggu dan dah bergerak pulang. Takpe. Show must go on. MB berucap. TPM berucap. Dan seterusnya perasmian penutup dan 4 perkara lagi seperti Sekolah Agama Felda. Selesai situ. Aku gerak jap ke tapak ekspo. Perghhh. Orang makin ramai. Setakat ni, seperti kata MB; dah hampir 400k pengunjung sampai. Rupanya kena mendaftar sebelum masuk. Nice. Pakai MyKad je. Sempat jalan seround, means sebelah kiri aje. Aku nak tengok booth JPN Johor sebenarnya. Sayang. Semua dah kemas. Takde rezeki jugak la macam akak tadi tu. Sampai hujung. Instead of belok kanan aku belok kiri. Aku pun nak kejar bas jugak ni. Bas pukul 6. Jumpa lagi...

yok pilih baju. memang dua ni je baju korporat lam gobok aku untuk upacara yang memerlukan aku pakai baju korporat. Yang lain, walaupun lebih baharu daripada kedua ni. Memang aku simpan aje.

lepak dalam bas. aku. drebar dan kolek bas aje. hehehe

layan

memang snap snap la dah ada drebar ni






sampai lokasi. kereta penuh kiri kanan jalan


sampai terminal

menapak bersama yang lain ke pentas utama




haiisshhh. rasa macam salah pilih jalan pun ada jugak ni.

the crowd. leh tahan penuh. semua teruja nak tengok TPM

haiishhh.. jumpa lagi kan

majlis mula sejam kemudian. ramai yang dah gerak pasal bas memasing pun dah sampai

persembahan daripada kebudaks yayasan warisan 

ucapan MB



ucapan TPM. masa ni aku dah pindah ke depan. matahari dah mula masuk kat bahagian belakang



majlis perasmian majlis penutup dan 4 perkara lagi




layan jap

punya la ramai

kena masuk berbaris untuk mendaftar sebelum masuk

---
#terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jelly Beans

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

Acustop Cataplasma Applied