Maybank2u : Pendaftaran Akaun Tabung Haji
Maybank2u : Pendaftaran Akaun Tabung Haji. Perasan atau tak. Ada fungsi semakan baki, pindahan dan pendaftaran haji bagi akaun Tabung Haji menerusi Maybank2u. Dulu memang la aku pun tak tengok. Akaun pun takde. Bila dah ada, tiba la masa untuk aktifkan fungsi ni kan. Cara pengaktifan adalah kita perlu daftar menerusi ATM Maybank terlebih dahulu. Apapun. Sebelum pergi. Pastikan ambil dua perkara penting dari buku bank Tabung Haji iaitu Nombor Akaun di muka pertama dan Nombor Siri buku di muka terakhir. Dah ada dua benda ni baru pergi ATM.
Prosedur kat ATM
- Masukkan Kad ATM
- Pilih Tabung Haji
- Pilih Daftar Akaun Tabung Haji Ke Kad ATM
- Masukkan Nombor Akaun Tabung Haji
- Tekan Ya
- Masukkan Nombor Siri Buku Akaun Tabung Haji
- Tekan Ya
- Selesai
---
#terbaeekkk #kipidap #mknaceunlimited #mknace #blogger #photography #photoblog #SJCAM #SJ4000 #J3 #Samsung #GalaxyCamera #altek #cubic #love #followme #beautiful #blogoftheday #fun #like #life #colorful #photooftheday #MyExperience #mknaceunlimited, #mknace, #blogger, #photography, #photoblog, #MyExperience,
Ulasan