Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel 000 peserta sertai Himpunan Bantah TPPA

Lebih 5,000 peserta sertai Himpunan Bantah TPPA

Imej
Lebih 5,000 peserta sertai Himpunan Bantah TPPA KUALA LUMPUR: Lebih 5,000 peserta menghadiri Himpunan Bantah Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik TPPA yang diadakan di Padang Merbok hari ini. Perhimpunan aman yang bermula sejak jam 1 petang itu dimulakan dengan perarakan dari beberapa lokasi seperti di Maju Junction, depan pusat beli-belah Sogo, dan Masjid Negara. Pada awalnya, peserta dijangka berarak ke Dataran Merdeka untuk perhimpunan terbabit, akan tetapi sekatan polis dan pihak berkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dibuat di kedua-dua laluan masuk ke Dataran Merdeka. Peserta kemudian mengubah haluan untuk berhimpun di Padang Merbok. Rata-rata peserta yang berpakaian hijau berarak sambil membawa sepanduk masing-masing untuk menunjukkan bantahan mereka terhadap perjanjian terbabit. Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali dalam ucapannya berkata, beliau curiga apabila Obama datang ke Malaysia baru-baru ini, untuk kali kedua. "Apabila Najib main golf di Hawai