Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel 1 Nov

JPJ laksana operasi khas banteras penggunaan lampu strobe, lampu HID dan nombor pendaftaran kenderaan yang tidak mengikut spesifikasi mulai 1 Nov ini

Imej
JPJ laksana operasi khas banteras penggunaan lampu strobe, lampu HID dan nombor pendaftaran kenderaan yang tidak mengikut spesifikasi mulai 1 Nov ini Operasi banteras guna lampu strobe light, HID 1 Nov. ANTARA lampu HID yang tidak dibenarkan oleh JPJ mulai 1 November ini. PUTRAJAYA 16 Okt. - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan mengadakan operasi besar-besaran terhadap pemilik kenderaan yang masih berdegil menggunakan strobe light, lampu HID dan nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi mulai 1 November ini. Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Ismail Ahmad berkata, pihaknya turut menetapkan 1 Mei tahun depan sebagai tarikh bermulanya penguatkuasaan terhadap pemilik-pemilik kenderaan yang menggunakan cermin gelap tanpa mengikut syarat ditetapkan oleh JPJ. Tegas beliau, pihaknya tidak akan berkompromi lagi berhubung penguatkuasaan keempat-empat perkara tersebut kerana kaitannya dengan usaha kerajaan mengurangkan kadar kemalangan jalan raya di negara ini. "JPJ memberi te

Peraturan Baharu Cermin Gelap Dikuat Kuasa 1 Nov Depan

Imej
Peraturan Baharu Cermin Gelap Dikuat Kuasa 1 Nov Depan Peraturan baharu berhubung penggunaan cermin gelap bermula 1 Nov depan. Kadar ketelusan cahaya nampak (VLT) cermin belakang dan sisi penumpang belakang dikurangkan daripada 50 peratus kepada 30 peratus cermin hadapan dan sisi pemandu pula masing-masing kekal pada kadar 70 peratus dan 50 peratus. MELAKA, 29 Sept (Bernama) -- Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan penguatkuasaan peraturan baharu berhubung penggunaan cermin gelap bermula 1 Nov depan. Ketua Pengarahnya Datuk Seri Ismail Ahmad berkata pelaksanaan peraturan baharu itu menetapkan kadar ketelusan cahaya nampak (VLT) bagi cermin belakang dan sisi penumpang belakang dikurangkan daripada 50 peratus kepada 30 peratus. Beliau berkata kadar VLT bagi cermin hadapan dan sisi pemandu pula masing-masing kekal pada kadar 70 peratus dan 50 peratus. "Peraturan ini selaras dengan standard atau piawaian antarabangsa di beberapa negara luar," katanya