Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel 10 Individu Ditahan Sehingga Hari Ini

Kebocoran UPSR 2014 : 10 Individu Ditahan Sehingga Hari Ini

Imej
Kebocoran UPSR 2014 : 10 Individu Ditahan Sehingga Hari Ini Terkini setakat 17 September. 18 individu telah dipanggil untuk memberi keterangan - 6 pegawai Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM), 9 guru, 1 wartawan, 1 ejen insurans dan 1 jurutera. Daripada jumlah itu; 10 ditahan - 8 guru, 1 ejen insuran dan 1 jurutera. KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) -- Seramai 10 individu ditahan polis berhubung kes kebocoran soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi mata pelajaran Sains dan Bahasa Inggeris, setakat Rabu. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur SAC Gan Kong Meng berkata daripada 10 individu itu, lapan adalah guru serta masing-masing seorang ejen insurans dan jurutera. "Sepuluh individu itu termasuk tiga guru yang ditahan di Negeri Sembilan malam tadi," katanya dalam kenyataan di sini. Isnin lepas, empat lelaki direman selama empat hari hingga esok, manakala semalam polis memperoleh perintah mahkamah menahan reman seorang jurutera selama empat hari. Hari ini