Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel 10 Muharam

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Puasa Hari Asyura (10 Muharam)

Imej
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Puasa Hari Asyura (10 Muharam) عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ مَا رَأَيْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَتَحَرَّى صِيَامَ يَوْمٍ فَضَّلَهُ عَلَى غَيْرِهِ إِلَّا هَذَا الْيَوْمَ يَوْمَ عَاشُورَاءَ وَهَذَا الشَّهْرَ يَعْنِي شَهْرَ رَمَضَانَ Dari Ibnu Abbas RA, beliau mengatakan: “Saya tidak pernah melihat Nabi SAW memilih satu hari untuk puasa yang lebih baginda utamakan dari pada yang lainnya kecuali puasa hari Asyura, dan puasa bulan Ramadan.” (HR Bukhari No: 1867) Status: Hadis Sahih Pengajaran: 1.  Antara ibadat puasa yang menjadi keutamaan kepada Rasulullah SAW untuk kita contohi selain puasa dibulan Ramadan ialah puasa pada hari Asyura (10hb Muharam) 2.  Puasa Asyura ganjarannya dapat menghapuskan segala dosa (dosa kecil) setahun yang lalu. Dari Abu Qatadah Al-Anshari RA, beliau mengatakan: سئل عن صوم يوم عاشوراء فقال كفارة سنة Nabi SAW ditanya tentang puasa Asyura, Baginda menjawab: “Puasa Asyura me