Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel 100 maut serangan di Paris

Terkini : 100 maut serangan di Paris

Imej
Terkini : 100 maut serangan di Paris PARIS: Perancis malam tadi digegarkan dengan tembak menembak, letupan dan tawanan tebusan di beberapa tempat di ibu negara Paris dengan Presiden, Francois Hollande menyifatkannya sebagai serangan pengganas terhadap negaranya. Televisyen tempatan dan perkhidmatan berita memetik polis bahawa sekurang-kurangnya 60 orang terbunuh setakat ini manakala berpuluh lagi cedera dalam empat serangan terancang. Salah satu letupan meledak di stadium utama Perancis apabila skuad bola sepak Perancis bertemu Jerman sehingga memaksa Hollande dibawa keluar dari stadium.Dalam sidang media sejurus mengadakan mesyuarat kabinet tergempar, Hollande mengisytiharkan darurat di seluruh negara dengan semua pintu sempadan ditutup."Ketika saya bercakap ini, serangan pengganas dalam skala yang di luar dugaan sedang berlaku di wilayah Paris," katanya."Ramai terbunun dan cedera, ia amat menakutkan," katanya. - Agensi Berita : Berita Harian Foto : AFP