Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel 1431 hijrah

Selamat menyerjakan ibadah puasa

Imej
Image courtesy of www.fahmishah.com Sekejap jer dah sampai balik dah bulan Ramadhan. Rasa macam baru semalam jer beraya. Alhamdulillah. Dapat lagi sambut Ramadhan tahun ni. Kali ni aku berpuasa ditempat dan suasana yang baru. Dok tengah dok hitung lagi berapa hari nak amik cuti. Tak cam dulu. Ikut jer apa yang dah disetkan. Apa pun semoga Ramadhan tahun ni lebih baik dari Ramadhan-Ramadhan yang telah aku lalui. Dok borak ngan ustaz zaidi tadi pun pasal zakat dan sebagainya. InsyaAllah.. tahun ni ingat nak bayar zakat kat Baling jer la. Asyik dok kasi kat orang JB jer kan. Tahun ni kasi la pulak kat orang Baling. Seronok sikit kat sana. Ingat tadi petang nak wat banner sikit khas sempena Ramadhan tahun ni. Mana nak tahu siap collapse sampai ke Maghrib. Hebat tul penangan kuah kambing tadi tu. Tobat lain kali aku akan tanya dulu kuah apa sebelum lantak. Satu badan rasa sengal-sengal. Kepala toksah citer laa.. Last-last search internet cari wallpaper Ramadhan. Brader Fahmishah..