Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel 1994

The Jungle Book

Imej
Hari jemaat ni sekolah aku wat satu camping pengakap. Nama camping kali adalah... jeng jeng jeng.. Kem Orientasi Mowgli.. Wowww.. Kelas tu nama dia. Pasti si Aisyah ni kasi aku satu kerja.. Cuba cari citer The Jungle Book.. Haaa.. Mana sempat beb. Nak donlod torrent pun ikut nasib. Kalau citer-citer baru insyaAllah la boleh aku usahakan. Citer-citer lama ni kurang sikit seeder dia.. Balik jer dari sekolah tadi, aku rasa nak gak cari citer ni. Mana la tau nasib aku terjumpa yang seeder banyak kan. Untung sabut la kan. Sekali masa browse ni terjumpa la pulak citer adaptasi Jungle Book lakonan Jason Scott Lee ni. Pergghhh.. Layan beb.. Rasa macam kenangan lama berulang balik. Ni ler antara citer pertama yang aku beli CD original dia. Masa dulu mana ada juai CD cetak rompak macam la ni. Yang cetak rompak pun harga dia around RM25 - RM30. Tengok pun pakai PC jer. PC tu siap aku pasang video card semata-mata nak layan movie jer. Perghh.. kenangan tu.. So, apa lagi.. cari torrent dia donlod.