Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel 2010

Jom merayap bersama en.Ziqri

Imej
Tarikh : 9 Oktober 2010 Masa : 10.00 pagi Tempat : Rumah Mood : Alamak.. satu rumah dia pusing Ziqri lepas demam baru ni, dah dapat kaki. Pantang lepa; satu rumah dia pusing. Tadi masa nak amik gambar pun, dia kejar kamera tu. Perghh.. Jauh tu kejadian kejar mengejar ni jadi. Dia tak kira la ada apa halangan depan dia. Dia kejar ja.. Klik untuk cerita penuh Habis.. dia dah start kejar dah Kira cam lompat besi palang buai tuh Meneruskan usaha pengejaran Cepatnya dia dah sampai Boleh tak dia naik atas tilam nih Cubaan nak naik Alamak.. jatuh la pulak.. ziqri tak kuat lagi nak angkat badan dia ni.. ciann Enjoice...Sharing is power!!!

Selamat berjaya dalam UPSR 2010

Imej
Esok dah mula peperiksaan UPSR seluruh negara. Aku dengan ini mengucapkan selamat menjawab, semoga apa yang telah diusahakan selama ini membuahkan hasil seperti yang diharapkan. Khusus kepada bekas-bekas student @ SKTTA1, pelajar-pelajar tahun 6 daerah JB dan seluruh negara amnya.. Semoga anda semua akan berjaya dengan cemerlang.. ps : Iqa pun turut dicutikan khas kerana peperiksaan UPSR ni. Nak buat camner.. dah lumrah alam. Tahap 1 sure kena cuti punya.. Iqa ngadu tak best, tak tau nak buat apa pasal teacher jer sorang kasi kerja tambahan.. sian iqa.. Enjoice...Sharing is power!!!

Google's Header : 25th years of Buckyball

Imej
Cam biasa, google wat tribute khas kat header dia pasal bucky ball; bola molekular hasil gabungan atom-atom tu. Cuma aku rasa dah lama google tak ubah dia punya header nih.. Enjoice...Sharing is power!!!

Movie Review - Salt (2010)

Imej
Image courtesy of extramirchi.com Cerita yang paling best setakat ni untuk aku bagi tahun 2010. Kisah pasal Evelyn Salt, Sorang ejen CIA yang jugak double ejen Rusia yang dilatih khas oleh Rusia sejak kecil untuk menjalankan satu misi rahsia di Amerika, Day-X. Rupanya bukan setakat dia sorang yang diseludup masuk ke US dengan target yang sama, berderet lagi. Dan tu yang best pasal cerita ni. Tak dapat nak jangka. Lepas dia ditawan dan pertemuan dia dengan suami dia Mike, dia dah mula berubah. Dan lepas trainer dia Orlov tiba ke US dan bunuh Mike. Dia mula menjalankan misi dia yang tersendiri. Bunuh semua double-double ejen yang ada di US. Dan ini yang thrill giler pasal semua orang dah tak boleh dijangka. Diaorang ni memang dah diseludup oleh si Orlov ni dengan begitu rapi sehingga takde sapa leh jangka diaorang ni orang rusia. Sehinggakan takde sapa lagi yang boleh dipercayai... Mknace's meter : belang tarung Enjoice...Sharing is power!!!

Movie Review - Repo Men (2010)

Imej
Image courtesy of blog.omy.sg Macam best citer ni, namun bagi aku agak mengecewakan. Cerita pasal satu syarikat yang menguruskan jual beli organ. Yup. Organ manusia, tapi mesin la. Orang yang mengalami kerosakan organ pada zaman tu boleh beli organ ni, tapi harga dia memang tinggi gila la; walaupun dah dibeli secara ansuran. Repo men ni kira team tarik balik organ yang dah overdue bayaran dia. Tarik balik dengan cara gila la. Dah sah-sah organ tu dalam badan kan. So diaorang memang kasi potong-potong la orang yang kena tarik balik tu. Kisah ni bermula bila Remy ni sendiri dipasang dengan jantung tiruan oleh bos dia sendiri, Frank. Kes dia sebab dia memang dah nak keluar dari Repo Men ni, dan jantung dia memang rosak masa dia nak setel satu mission dia. Bila dia bangun Frank dah siap pasang jantung baru untuk dia, bermakna dia dah berhutang besar ngan Frank. So, bermula la kes lari along. So, Frank dah suruh Jake, kawan baik, dan juga salah sorang Repo Men yang terbaik untuk

Pertandingan Public Speaking, Action Song & Story Telling sekolah-sekolah peringkat kebangsaan 2010

Imej
Bertempat di Hotel Good Hope pertandingan Public Speaking, Action Song & Story Telling sekolah peringkat kebangsaan telah berlangsung. Seronok gak layan program-program cenggini sekali-sekala. Tetambah dah lama aku tak pegang kamera aku cam biasa. Cuma kali ni aku lebih ke pengurusan. Penat memang penat, tapi bila dilihat wajah-wajah bebudak ni terus hilang kepenatan tadi. Paling tak sangka bila wakil kedah dari sk baling. Boleh tahan dia punya persembahan. Paling best banyak yang aku belajar dari program kali ni. Satu pengalaman baru yang memang akan menukar cara aku yang sentiasa nak perfect. Maybe aku akan lebih banyak berhati-hati dikemudian hari. Maybe akan banyak permintaan yang akan aku tolak lepas ni. Klik untuk cerita penuh Enjoice...Sharing is power!!!

Google's Header : 2010 World Cup

Imej
Akhirnya bermulalah demam piala dunia 2010 dengan perlawanan pertama Afrika seri dengan Mexico semalam. Macam biasa google mesti kuarkan something untuk acara yang paling grand nih. Boleh tahan gak la header dia kali ni. Walau camner pun macam biasa demam ni tak akan berjangkit dekat aku. Dari dulu aku memang tak minat bola. Lantak la sapa nak lawan, sapa nak menang. Kalau aku rasa nak tengok aku tengok. Kalau setakat nak bangun pepagi buta pasal nak tengok bola kira kirim salam la. Baik aku tido lagi bagus. Enjoice...Sharing is power!!!

Ucapan Alu-aluan sempena Hari Guru JB 2010

Ucapan penuh Tuan PPD sempena Hari Guru itu hari. Lepas ni memang aku akan buat cenggini jer. Baru la boleh delete raw files dengan tenang, pasal semua dah dihostkan.. Enjoice...Sharing is power!!!

Persembahan multimedia tokoh guru 2010

Persembahan multimedia untuk kedua-dua anugerah tokoh guru dan kepimpinan pendidikan. Nice and simple. Tahniah pada memember sendiri. Aku cuma tolong hebahkan jer. Kira OK ler kan.. Enjoice...Sharing is power!!!

Kejohanan Balapan & Padang kali ke52 MSSM Johor - Upacara Pembukaan Rasmi - Persembahan

Paling gempak la acara persembahan malam ni. Ngan bunga api yang keluar tanpa sorang pun tau bila. Masa ni rasa cam apasal la aku nyer bideo cam tak seultra wide cam kamera aku. Best betul kalau aku ada bideocam yang wide jugak kan. Apa yang penting, persembahan dan sambutan malam ni memang gempak habis dan banyak menerima pujian dari luar terutama TPM sendiri. Tahniah Johor.. Enjoice...Sharing is power!!!

Kejohanan Balapan & Padang kali ke52 MSSM Johor - Upacara Pembukaan Rasmi - Perasmian

Ni merupakan segmen kedua untuk malam perasmian tersebut. Gimik yang dijalankan memang boleh tahan menariknya. Tak dapat baget langsung akan keluar bunga api dekat obor tu. Nasib baik kami dah bersedia ngan 3 kamera di tiga tempat. So, dapatla jugak nengok secara keseluruhan.. Enjoice...Sharing is power!!!

Kejohanan Balapan & Padang kali ke52 MSSM Johor - Upacara Pembukaan Rasmi

Pagi ni aku dah mula mengedit bideo MSSM untuk dimasukkan lam youtube. Tapi kepala memang kenoning gila. Buat tak layan gak.. Sekali nengok dah sampai 6 minit kontijen tak habis-habis lagi. Last-last amik keputusan untuk aplod dua segmen. Senang sikit. Pasal youtube hanya 10 min max bideo dia. Settle. Lepas compile terus aplod tanpa nengok setting. Pastu terus kuar gi klinik. Kat klinik hari ni memang malang tul nasib aku. Dekat dua jam aku buang masa nunggu. Jumpa doktor, kena sound dulu. Ari tu batuk biasa jer, kali ni tak masuk tahap gaban dah ni. Terus dia kasi mc dua hari. Tak kira la aku ada event ka apa ka. Dia nak aku berehat. Aduiihh.. Pening cenggini.. Balik makan ubat. Jap jer dah terhoyong hayang. Zzzzz.... Bangun dah malam.. Haiyaa.. lamanya aku tido. Nengok jap bideo yang aku aplod. Hampeh. Quality buruks gila.. Last-last aku compile dan aplod lagi satu. Ni masa aku nulis ni kebetulan aku dah terjaga dan mula ambik ubat. Kebetulan bideo pun dah siap.. Enjoice.. Aku

Google's Header : Teacher's Day Malaysia

Imej
Paling best bila header Google untuk hari ni dibuat khas untuk Hari Guru Malaysia. Cun beb. Rasa terharu lak. TQ google.. Enjoice...Sharing is power!!!

Kejohanan Padang dan Balapan MSSM Johor 2010 - Rehearsal Persembahan Day 3 Full Dress Rehearsal

Sebelah malamnya bermulala full dress rehearsal ni. Nice. Aku, tajul n fido ke hulu ke hilir cari port yang best. Aku pun banyak amik hand held jer. Certain-certain part jer yang aku mula kuarkan tripod aku nih. Tapi bila kuar announce nak buat kali kedua.. hmmm.. aku dah tak larat nak nunggu lagi. Penat wehhh.. Enjoice...Sharing is power!!!

Kejohanan Padang dan Balapan MSSM Johor 2010 - Rehearsal Persembahan Day 3 Full Formation

Petang ni kira last practice sebelum full dress rehearsal pada sebelah malamnya. Aku lepak ngan si Fido jer la petang ni. Semayang pa semua kira tapau abis kat umah dia. Memula gi cari port baik punya untuk nampak semua formation persembahan ni. Bebetul atas tempat vip. So kitaorang lepak jer la kat atas tu dari mula sampai abis. Tapi tak best sangat la pasal aku lebih suka amik ekspresi bebudak dari amik formation cenggini. So, ni aku kasi kat sorang budak ft la nanti. Abis jer gi lepak luar. Jumpa geng-geng lama. Siap membantu menyelesaikan kes gendang ilang la. Aduiihh.. Boleh lak timbul masalah cenggini sebelum start full dress malam ni.. memang ngeri beb. Sib baik setel. Pas makan beger ngan layan kekalahan chong wei kat umah fido.. baru mula berangkat balik ke stadium untuk tengok full dress rehearsal.. jeng jeng jeng.. Enjoice...Sharing is power!!!

Kejohanan Padang dan Balapan MSSM Johor 2010 - Rehearsal Persembahan Day 2

Alih-alih terus day 2. Pasal memasing banyak kerja lain kena setel. So, yang ni pun aku amik pasal aku nak release tensen jap. Pening pala dok setel masalah laman web, call sana, call sini, godak sana, godak sini; sebaik setel jer semua problem tu, perghhh.. aku terus kuar bilik aku. Start keter, langsung singgah ke stadium. Nyamannya udara kat luar ni.. Tu pun pasal problem semua setel la kan. Hahaha.. kalau tak setel lagi aku rasa mau meletup kepala aku pagi rabu tu. Sampai jer kat stadium diaorang baru mula rehearsal persembahan. Apa lagi.. Kasi taram habis. Lagipun aku nak nengok flow, nanti senang nak taruk bebudak dokumentasi kat mana nanti. Boleh tahan la. Cuma kesian nengok bebudak berjemur tengah panas nih.. Enjoice...Sharing is power!!!

Clash of the titans - pre movie review

Imej
Clash of the titans.. Perghhh.. Aku tertengok lak the making kat tv3 tadi. Nice. Memang nampak menarik betul. Citer ni sebenarnya dah pernah dibuat dedulu. Tahun 1981. Kisah yang sama. Tapi mana leh celen ngan versi 2010 nih. Tengok tadi pun dah terlopong aku ngan efek cerita dia. Kalau jalan cerita memang tak yah cari jejauh. Sama jer ngan versi asal dia. Kisah pasal sorang budak, Perseus; sorang demi-god yang perlu melalui pelbagai ujian dalam mematangkan dirinya .. Perasan ayat demi-god nih. Tahun ni saja, ni dah kali kedua ayat demi-god tu kuar. Kat mana lagi satu.. Yaaasss.. Percy Jackson and the lightning thief.. So, korang boleh agak la kan.. Semua watak yang sama akan kuar, medusa, segala nenek moyang hades, zeus.. Tapi kalau ikut mitologi yang ni, perseus anak kepada zeus. Dan akhirnya dia mesti menewaskan kraken. Ni poster versi asal dia.. Kalau versi asal, yang hanya pakai stop-motion animation pun aku dah suka gila; apa lagi dengan yang ni.. Tu yang agak ternganga nengo

Earthhour 2010

Imej
Malam ni, tepat jam 8.30; sekali lagi aku sambut Earthhour, buat kali keduanya. Cuma pada kali ni agak kureng best sikit. Banyak pihak yang tak peka sangat. Kalau tahun lepas, leh kata satu kampung aku bergelap. Malam ni aku rasa tak banyak sangat yang bergelap. Apa ni. Tak kisah la. Tapi yang bestnya, walaupun tutup lampu tapi cahaya bulan malam ni sangat terang. Langit terang dengan bintang-bintang bergemerlapan. Aku ngan ucu nak wat pojek shoot langit dan bulan malam ni. Dari berdiri memula, sampai aku amik tikar kat dalam umah dan tido kat laman rumah. Mama dah menjerit-jerit, pasal dua anaknya melompat-lompat nak ikut bapak dia yang selamba dog baring atas tanah kat laman tu. Last-last iqa ngan inaz masuk gak. Siann.. Aku ngan ucu masih ngan kerja menembak bulan lagi. Sekali mama dah pasang lampu. Dah cukup-cukup la tu.. Nak sambung moonhour lak ke.. Dah 9.30 lebih dah rupernyer.. Masuk dan mandi.. hahaha... :: Klik untuk cerita penuh :: Ucu tak over tempak lepak aku ja

DIY - Tiger cabinet

Imej
Mama dah lama nak realisasikan penghasilan tiger cabinet ni. Memula ituhari nengokkan kekotak tiger ni kat Jusco.. Cam kiut jer. Ngam-ngam lak tu letak kat rak serbaguna nih. Pastu sebab dia offer sekotak RM 10 beli la tiga.. pasni tinggal nak cari rak jer kan. Pastu, asik dok tangguh jer urusan pencarian dan pembelian rak ni sebab memacam sebab yang tertertulis lagi. Malas nak kuar pun ye jugak kot. Pastu tup tup lahirla Ziqri nih.. Hahaha.. dah tertangguh nak wat tiger cabinet ni. Memang tujuan asal untuk Ziqri pun.. sempena tahun tiger tuh.. Tadi masa balik semula ke gelang patah, singgah jap kedai perabot. Tu pun pasal mama suruh, sebab nampak tak kemas la pulak bila main taruk lam kotak rimau cenggitu jer. Sampai kedai terus tanya.. Itu rak serbaguna tiga pintu ada ka? Ada.. mau ada pintu ka tadak.. Mau tadak pintu punya.. apa saiz u ada.. A4 punya tinggi ada ka.. Ada.. tapi lagi tinggi.. A4 campur lagi 3 inci.. Tepon mama.. Mama kata baper.. kalau murah beli jer.. So sa

Last before the storm...

Imej
Ni merupakan pagi yang terakhir untuk memastikan semua yang sepatutnya ada, siap. Sekali jalan...nampak cam OK.Tapi aku rasa cam lama sangat montaj dia. So kekalkan hanya untuk anugerah yang pertama sahaja.. Button juga kena kemaskan supaya si hakim senang nak tekan nanti. Tajul n Azhar terpaksa keluar lagi untuk menyetelkan gambar beberapa sekolah yang masih belum ada gambarnya.. Rasa-rasa macam dah ok kot untuk full rehearsal petang ni.. insyaAllah... :: Klik untuk cerita penuh :: Tatkala dok wat final prep ni dengor kompang kat sebelah.. sesaja jengok ikut tingkap.. apa la yang dibuat bebudak nih... Hunaidi menyetelkan beberapa grafik yang masih perlu dimasukkan.. Hakim dah start gabra dia dah..pastu semua pakat keluar untuk jemaat.. Sesampai kat sekolah nengok penuh jer dewan.. ooo.. wat rehearsal anugerah ropernyer.. Setiap aliran nomor 1 sampei 5 dapat hadiah... Sukanya korang... Ni apasai sedih jer tak tau la... Ni aku amik masa lelepak ngan en.maa