Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel 2011

Movie Review - Papa I Love You [2011]

Imej
Memang terbaeekkk!!!! Cerita ni ada kelainan berbanding cerita cerita melayu lain. Memang best. Jalan cerita simple. Kisah pengorbanan dan kasih sayang dua bapa sebenarnya. Baha, mulanya memang pemalas dan tak bertanggungjawab, mula berubah lepas kematian isteri dia. Dia buat apa saja untuk anaknya mya. Datuk tak ingat nama pulak ada krisis dengan anak dia lisa, dan sentiasa cuba nak mendekatkan diri semula ngan lisa. Pertemuan baha ngan lisa yang kemudiannya bertambah erat menyebabkan datuk tadi menggunakan baha dalam usaha dia nak berbaik semula dengan lisa, tapi tindakannya membeli baha tidak disenangi both baha dan lisa. Tindakan baha seterusnya menyedarkan datuk tadi dan akhirnya dia insaf dan kesemuanya live happily ever after. Kekeke. Apapun memang cerita ni lain dari yang lain. Aku kasi 4 bintang. Terbaeekkk!!!! ^_^ Terbaeekkk!!!! by mknace Posted via Blogaway Galaxy Tab

Movie Review : Real Steel (2011)

Imej
Semalam baru sempat layan real steel bersi bluray. Perrgghhh.. Tak sempat review lagi aku dah kasi citer ni five star beb. Memang terbaeekkk!!!! Citer pasal carlie kenton, ex boxer yang join pertandingan robot boxing. Robot dia sentiasa kalah. Satu ketika dia diminta untuk jaga balik anak dia dengan ganjaran 50k. Dia terus ambik keputusan jaga sebab dia nak duit tu. Pastu beli robot baru untuk fight lagi. Cam biasa dia kalah teruk dan malam tu dia bawak anak dia ke tempat sampah (?!?) untuk cari spare part untuk buat robot baru balik. Anak dia jatuh dari cerun tinggi dan tersandung pada satu robot. Anak dia amik keputusan nak amik robot sparring tu dan jadikan robot rasmi dia. Robot yang diberi nama Atom ni kemudian di train oleh charlie sendiri atas desakan anaknya. Dengan ciri shadow pada robot tu dan digabung ngan ciri ciri hebat dari robot charlie yang dah hancur, Atom terus meniti kejayaan demi kejayaan. Ending dia memang terbaeekkk dimana Atom diketemukan dengan robot terhebat ia

PMR 2011 Result : Ranking MRSM

Imej
Habis segala logo beseri kuaq tu Dah kuarkan SBP mesti la nengokkan ranking mrsm pmr 2011 pulak. Mrsm aku ranking nombor 11 untuk tahun 2011. Lam kurungan tu GPS dia. Kira orait gak la. Cam biasa mrsm mama sentiasa kat bawah. Sorry to say la. Tapi dari segi gps still hebat gak kan.. 1 MRSM GEMENCHEH (1.0204) 2 MRSM PASIR TUMBOH (1.0210) 3 MRSM KUALA KUBU BHARU (1.0238) 4 MRSM PEKAN (1.0248) 5 MRSM PASIR SALAK (1.0313) 6 MRSM LENGGONG (1.0341) 7 MRSM TERENDAK (1.0380) 8 MRSM GERIK (1.0385) 9 MRSM SERTING (1.0408) 10 MRSM KUALA KLAWANG (1.0414) 11 MRSM KUALA TERENGGANU (1.0420) 12 MRSM MUADZAM SHAH (1.0461) 13 MRSM BESERI (1.0479) 14 MRSM TRANSKRIAN (1.0479) 15 MRSM KUBANG PASU (1.0489) 16 MRSM BATU PAHAT (1.0490) 17 MRSM BALIK PULAU (1.0494) 18 MRSM LANGKAWI (1.0508) 19 MRSM PENDANG (1.0511) 20 MRSM PDRM KULIM (1.0533) 21 MRSM PONTIAN (1.0534) 22 MRSM MERSING (1.0626) 23 MRSM KEPALA BATAS (1.0631) 24 MRSM KOTA KINABALU (1.0658) 25 MRSM KUANTAN (1.0661) 26 M

Dah menurun

Imej
King of fighter 2011. Dah menular la pulak. ^_^ Terbaeekkk!!!! by mknace Posted via Blogaway

Final jugak akhirnya

Imej
Alhamdulillah. Masuk gak final. Walau game langsung tak berseri, gol pun bagi aku lebih pada nasib ja; yang penting dapat gak ke final. Ntah sapa la yang bakal kita jumpa. Kalau masih main cenggini.. Memang jadi lauk la final nanti. Apa pun perak dah lam tangan... Published with Blogger-droid v2.0.1

Selamat menghadapi SPM

Imej
Pada semua calon spm 2011. Do your best!!!! Published with Blogger-droid v2.0.1

Alhamdulillah

Imej
Alhamdulillah, selesai sudah... Masa untuk melapah... ps: gambar aku tu semua yang long shot jer... Yang dedekat tu ucu punya gambo... Published with Blogger-droid v2.0.1

Kuih tunjuk Aidilfitri 2011

Imej
Semalam, pakat kuar gi cari kuih raya. Sekadar tunjuk tunjuk aje la ini tahun. Tunjuk tunjuk pun, kena la memilih. Tak nak la pulak beli 5 jenis, tapi rasa 1 jenis ajer kan. Tu pasal kuar sebelah malam. Sebab nak rasa sebelum beli. Target, larkin. Dapat la 5 rm 100. Kalau kat angsana, minggu lepas tanya 4 rm100. Pergghhh... Beli ala ala ada ajer la... Yang paling suka, adik inaz. Dari memula sampai, sampai balik, kerjanya mengunyah kuih ja. Published with Blogger-droid v1.7.4

Alhamdulillah

Imej
Bergambar bersama Galaxy Tab yang digunakan semasa pelancaran ituhari... Selesai jugak akhirnya acara terbesar untuk Unit ICT tahun ni. Karnival ICT + Pelancaran Semarak Mahkota Pendidikan. Jadi gilang gemilang disebabkan ianya dirasmikan oleh TMJ sendiri. Penat memang penat la. Habis ja majlis, tersandar lega kat kerusi tu. Tapi kelmarin dan semalam; aku dah mula sibuk balik. Data EMiS banyak lagi nak kena betulkan. 16 Mei ni kewangan dah nak tarik data tu. Bahaya kalau salah ni. Hmm... tak abis abis ngan sibuk aku ni. Klik sini untuk lihat foto karnival ict Klik sini untuk lihat foto Semarak Mahkota Pendidikan ps : aku memang tak snap walau sekepin pun picas picas ni.. aku kutip dari sesapa ja yang lalu sebelah aku. TQ pada yang sudi kasi kat aku tu. Dari 1000++ aku dah pilih <200 untuk dimasukkan lam FB PPDJB. Enjoice...Sharing is power!!!

Dominasi MU di malam Hari Keluarga PPDJB

Imej
Habis semua tempat dipenuhi jejaka jejaka tampan bert-shirt MU.. Semalam, sebelah malamnya; satu jamuan + hari keluarga untuk PPDJB telah dijalankan bertempat di, PPDJB sendiri. Makanan melimpah ruah, semelimpah team MU yang turut sesat di majlis malam tu. Aku pun dengan sendiri terjebak juga dalam team ni. Nak wat cemano, belasah ajer la. Makanan memang la banyak sangat, dari derian, kacang pol, mee rebus, ayam, sate, jagung yang semua dibakar enak. Kembung perut aku sampai ke tengahari tadi. Erkkk.. Alhamdulillah.. Hehehehe.. Malam tu juga turut diraikan staf yang sudah bersara dan mantan PPDJB yang sekarang dikenali sebagai Timbalan Pengarah Hal Ehwal Murid, Bahagian Sekolah Harian KPM. Jeles nengok hadiah diaorang yang tahap gaban tu.. Majlis habis lebih kurang jam 10 malam. apa pun.. baju mu jugak yang mendominasi majlis tu.. yang penting AON tuh.. hahaha.. Browse ke bawah untuk 12 picas lagi ATAU Klik sini untuk keseluruhan picas malam tu wauuu.. memang abis m

Movie Review - I Am Number Four (2011)

Imej
Entah la ekk.. tapi aku rasa sangat bosan.. 3 bintang Kisah pasal John Smith, sorang budak(??!) yang asyik berpindah randah setiap kali dia dapat scar atau dia alami kejadian pelik. Ye lah.. dia alien yang apa kebender ntah misi dia kat dunia ni. Sebelum dia dah tiga orang alien yang sekaum dengan dia yang dah dibunuh oleh sekumpulan alien yang lain yang giler nyer brutal.. Bila dia sampai satu bandar kecil yang baru, dia memberontak nak bersosial pasal dah bosan asyik terperuk ja kata dia. Ada power pun tak leh guna. Kat sini dia bercinta ngan Sarah dan dia mula discover kehebatan diri dia. So, bila dia punya rahsia dah mula terbongkar, Henri penjaga dia mula ajak dia lari gi tempat lain lagi. Tapi geng alien brutal dah sampai dan mula la pergaduhan giler terhebat pun jadi.. Kat sini mula la tereveal segala penjaga dia dan number 6 pun mula la menonjolkan diri dia di samping chimera, anjing alien penjaga dia.. Last kali dia pun menang la, dah nama pun hero kan. Dan dia pun ting

Movie Review - Kembar Siang (2011)

Imej
A bit lame and straight forward.. 2 bintang setengah Cerita yang boleh dilayan cenggitu gitu.. Bukan saja straight forward, tapi mmang straight abis.. Nak kata ada climaks, haramm.. Cerita pasal awal ngan awi, kembar yang sorang tak berapa normal, awi la tu. Si awal ni bercinta ngan ani, tapi tak nak kawin lagi pasal ingat pesan bapak dia hj sabran supaya jaga adik dia. Dia offer awek dia kahwin ngan adik dia sendiri, tapi kalau awek gila ja kot yang nak buat cenggitu kalau tak bersebab ye tak. Masa krisis gaduh tu tetiba dia jumpa ani versi bertudung la pulak. Sekali check rupanya si ani ni pun kisahnya ada kembar jugak, ana yang terpisah sejak kecik. N lastly.. kawin la dedua kembar ni. Abishh.. kan straight forward abis tu.. Setakat anak aku nengok ok ler.. Aku kasik 2 bintang setengah.. Tengok la kalau dah tak dak cerita dah yang nak dilayan.. huhuhu Enjoice...Sharing is power!!!

Movie Review - Sini Ada Hantu (2011)

Imej
Ada kelainan, 4 bintang Cerita pasal Ah Meng dan Bakri yang kena hantar mayat datuk bos diaorang untuk dikebumikan keesokan paginya. Sepanjang perjalanan, diaorang dok cerita pasal hantu hantu yang pernah diaorang tau. Memula si Bakri cerita pasal Hantu pokok pisang yang terjadi dekat sedara dia, sepupu ke apa tak ingat dah aku. Dan last sekali sepupu dia tadi mati kering dek penangan hantu tadi tu. Pastu Ah Meng pulak bukak cerita pasal Hantu nombor ekor.. Haaa.. yang ni ngeri sikit berbanding tadi tu. Kisah 4 orang sahabat yang dah terdesak gi menurun. Last sekali semua pakat mati, walau sempat dapat nombor, tapi tak sempat jugak dibeli nombor tu. And lastly si bakri agaknya, cerita pasal hantu asrama, hantu jepun. Pastu van rosak jap and sibuk sibuk si bakri tak percaya kat ah meng, and what so ever.. tetiba mayat datuk bos dia bangun dan bawak lari van tu. Tang ni ja pun yang kelakar.. Yang lain serius ngeri and bukan 'U' punya cerita la.. Apa pun aku kasik 4 bint

Movie Review - Khurafat (2011)

Imej
Aku kasi 4 bintang untuk ini filem Serita pasal Johan dan Aisyah yang baru berkahwin yang sering diganggu benda halus selepas diaorang pulang semula dari kampung si Johan ni. Malam sebelum kejadian tu si Johan ni ikut pak imam gi tolong Pak Aziz yang kena rasuk. Pak Imam tunjukkan sesuatu yang ditanam kat bawah rumah pak aziz ni pada si johan. Malam tu jugak mula la adegan diaorang kena kacau aje. Bila balik ke bandar si johan ni masih diburu oleh anna, bekas awek dia yang memang dah desperate lepas johan kahwin ngan aisyah. Pelik jugak kan. Makin lama makin teruk. Pastu ngan timbulnya makcik rosnah ke apa nama dia tu, makin misteri jadinya filem nih.. Sapa yang dok kacau si johan ni sebenarnya. Sampai la si anna mati bunuh diri. Johan hantar jenazah anna pulang ke kampung dan diaorang eksiden. Lebih banyak gangguan yang johan terima dan masa ni la baru tahu, rupanya yang jahat ni memang si johan sebenarnya. Dia dah pakai minyak dagu untuk dapat si anna tu. Pastu dia dah langgar

Movie review - Haq (2011)

Imej
Emmm.. susah jugak nak kasi.. overall 3 setengah ja kot Filem Haq ni memang ada kelainan. Kisah si Haq yang ada power luar biasa sama macam bapak dia. Dari kecik dia rapat dengan sedara dia Bad, walau selalu kena buli; sampai la bapak si bad mati. Masa tu si bad ni dah berubah jadi jahat. Pas kena lempang ngan mak dia, si bad ni lari dari rumah dan terus tak balik lagi. Si bad ni jadi taiko abis la. Jahat tahap setan tu. Dan setiap hari keinginan dia untuk bunuh ha ni makin menjadi-jadi. Dia tau si haq ni lagi terer dari dia, so dia bunuh orang yang rapat ngan haq dulu iaitu bapak si haq. Sorang demi sorang dia kejar sampai la dia yakin dia dah leh bunuh haq. Tapi nak buat camner, haq kan hero. Last kali dia bunuh si bad walau bapak dia suruh dia selamatkan si bad ni. OK. Bagi aku cerita ni memang agak ok, ada pembaharuan untuk filem-filem melayu. Cuma faktor x tu semacam tarak. Jalan cerita just ok. Rasa cam.. kalau la ada filem pendekar laut kan.. tapi jauh lagi la nak sampai

Movie Review - The Mechanic (2011)

Imej
Jalan cerita just nice, 4 bintang ja Cerita pasal Arthur, sorang Mechanic; bukan pomen keter, tapi pembunuh upahan yang kena pandai manipulasi keadaan supaya nampak macam kematian orang yang dibunuh nampak macam kemalangan biasa. So, kisah bermula bila dia kena bunuh salah sorang bos dia sendiri, McKenna. Lepas bunuh, anak McKenna ni; Henry pun balik dan tak puas hati. Dia mula mengamuk cari pencuri kereta, pasal si Arthur ni buat macam pencuri kereta yang bunuh si McKenna nih. Last last dia train si henry ni menjadi mechanic cam diri dia jugak. So, diaorang pun mula la menjalankan kerja kerja ganas diaorang nih, nampak si henry ni memang ganas dan banyak mereveal diri dia; beza ngan arthur. So, pengurusan dan mula kejar dua orang ni pulak. Diaorang berdua jadi sasaran kali ni. So, diaorang fight back and lepas semua selesai dan masa diaorang berkemas nak mengasingkan diri; si henry jumpa bukti yang paling kukuh siapa pembunuh bapak dia. So, dia rancang nak bunuh si arthur nih.

Sekali Photomerge, makin berantu

Imej
Kat sini pun jadi Apa yang best sebenarnya tentang photomerge nih? Bagi aku jadi satu kepuasan bila kita dapat nengok full tempat kejadian tu. Kalau kat google earth pun dah banyak yang dah dinamakan 360.. tu la dia.. Panorama penuh tempat tuh.. Kebetulan la pulak kena amik panorama SMT JB.. apalagii.. abis abisan la aku.. Yang gambo atas nih aku pakai 9 kepin picas.. Makin lama makin banyak.. Kalau scroll lagi makin bertambah bilangan picas yang aku pakai. Teknik photomerge ni memerlukan kita ambik gambar yang banyak. Setiap gambar tu, kalau ikut aku mesti sekurang kurangnya pakai 50% kawasan pertindihan. Baru cung beb.. Dan PS pun senang nak gabungkan. Try it, and you'll hooked.>>>> Pintu depan.. rilek lu beb Kat sini dah nak mula dah ni Seken picas.. dekat 12 keping aku gabung Ni memang bebetul 360.. muncung keter biru ada kat hujung sana.. 24 picas altogether.. Enjoice...Sharing is power!!!