Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel 2018

SMK Sri Tebrau : Modul Infrastruktur - Lawatan Kunjung Bantu

Imej
SMK Sri Tebrau : Modul Infrastruktur - Lawatan Kunjung Bantu. Kami turun ke sekolah untuk menyemak penambahbaikan sistem yang dibuat di samping melihat secara terus pengisian sekolah. Terima kasih atas kerjasama. Sempat meronda bersama melihat blok yang ditagging pada skala tinggi. Lepas ni kita akan jumpa semua PPD pulak.

Jenjalan Cari Makan : Gerai Mee Udang Tiram Duku

Imej
Jenjalan Cari Makan : Gerai Mee Udang Tiram Duku. Pagi ni meronda kejap ke SK Pendas Laut untuk kunjung hormat dan melihat isu internet di sekolah tersebut. Singgah jap bersarapan di sini. Apa gamaknya aku nak makan ye. Semua makanan di sini berasaskan udang aje. At last aku minta Mihun sup telur aje. Alhamdulillah. Air. Macam biasa. 4 rasa. Sirap selasih laici lemon. Kekeke. Dah selesai sarapan baru kami gerak ke sekolah.

Jom Jenjalan : Paradigm Mall, Johor Bahru

Imej
Jom Jenjalan : Paradigm Mall, Johor Bahru. Singgah sini jap untuk beli baki barang iqa. Leh tahan la jugak tempat dia. Sempat layan pesta barangan doraemon. Ici punya la takut nak bergambar. Dari atas berani je ajak. Sekali dah masuk...

Sekolah Tun Fatimah : 20181231 Back To School

Imej
Sekolah Tun Fatimah : 20181231 Back To School. 31 Disember. Kembali ke sekolah. Sesi pendaftaran dan pembayaran yuran di dewan. Masuk ke dorm. Masuk ke kelas. Mengemas. Sempat makan tengah hari di Mat Corner. All the best iqa. Dah naik upper form sekarang.

Shopee : 20181230 The last batch

Imej
Shopee : 20181230 The last batch. Akhirnya. Sebelum tahun baharu semua barang shopee aku dah sampai. Asalnya beli masa kempen 12.12. Pastu sambung sikit sikit lagi. Hahaha. Batch last ni semuanya beg dan casing. Layan. Tak lupa satu remote DV3 yang aku baru tapau.

Tadika Kemas Wawasan : Ici @ Hari Orientasi Murid Baharu 2019

Imej
Tadika Kemas Wawasan : Ici @ Hari Orientasi Murid Baharu 2019. Pagi ni ici gi tadika kemas dengan atuk dan mama. Orientasi ni dari jam 8 sampai 10 pagi. Kisahnya. Dia dok perati mama ngan atuk je. Tak lepas mandang. Berjaya cipta rekod murid pertama nangis lam kelas ni sebelum yang lain mula sambung. Sebab. Mama ngan atuk dia nyorok. Kekeke. Ici. Ici.

SMK Gelang Patah : Inaz @ Hari Pendaftaran dan Taklimat Murid Baharu Tingkatan 1 2019

Imej
SMK Gelang Patah : Inaz @ Hari Pendaftaran dan Taklimat Murid Baharu Tingkatan 1 2019. Hari ni siap awal cam biasa. Sarap telur separuh masak dulu. Inaz dan ici akan mula berorientasi di sekolah baharu hari ni. So. Aku gerak dan bertanggungjawab dengan inaz pagi ni di SMK Gelang Patah. Semak dokumen. Amik nombor giliran dan masuk dewan. Taklimat daripada Pengetua dan diikuti dengan GPK HEM. Masa pendaftaran baru perasan surat penempatan awal tu tak bawak. Takpe. Balik jap amik surat sebenar. Bagi surat pada cikgu bertanggungjawab. Inaz gi amik buku teks dan seterusnya ke koperasi. Alhamdulillah. Selesai around 10 pagi. Esok ada sesi orientasi dari jam 7.30 pagi untuk inaz. All the best dik!

Sekolah Agama Nusa Perintis : Inaz @ Keputusan Peperiksaan Sijil Darjah Enam Agama 2018

Imej
Sekolah Agama Nusa Perintis : Inaz @ Keputusan Peperiksaan Sijil Darjah Enam Agama 2018. Alhamdulillah. pagi ni bersama dengan Inaz untuk ambil keputusan peperiksaan SDEA 2018 di sekolah dia. Inaz dapat 2A, 1C dan yang lain semua B untuk 9 subjek yang diambil. A bagi Akhlak dan Al-Quran. Inaz layak ke Darjah Khas tahun depan. Tahniah dik. Adik dah buat yang terbaeekkk!!!! Apapun keputusan yang dapat, adik dah buat yang terbaik. Tahniah dan terima kasih untuk semua, sama ada secara langsung atau tidak langsung; ibu bapa, keluarga dan guru-guru yang banyak memberi dorongan dan sokongan. Be the best! Jangan lupa jumpa di pendaftaran darjah khas di SA Gelang Patah on 12 Januari 2019.

Masjid Jamek Gelang Patah : 20181228 Jemaat

Imej
Masjid Jamek Gelang Patah : 20181228 Jemaat. Dok asyik melakar je dari pagi. Baru nak gi ngukur dah tiba waktu ke semejid. Terus tangguh projek sampai ke la. macam biasa. Masa ke masjid ngan atuk. Dalam masjid dengan aku. Kui kui kui.

How To : Laporan Kerosakan Tiang Lampu Awam TNB

Imej
How To : Laporan Kerosakan Tiang Lampu Awam TNB. k. actually sangat mudah untuk buat laporan pasal kerosakan Tiang Lampu awam TNB ni. Cuma ramai yang ambil jalan mudah; tunggu dan lihat. Selagi takde sesiapa yang buat laporan, sampai bila pun TNB tak tahu. Jadi. Sesiapa yang tinggal berdekatan tu kena la proaktif sikit. Caranya mudah. Tengok tiang lampu tu. Semua tiang lampu TNB ada nombor dan talian untuk dihubungi sekiranya berlaku kerosakan. Nombor ni ada pada ruang hitam di atas jalur biru merah biasanya di pangkal tiang. Hubungi nombor 15454 dan maklumkan pada petugas berkenaan kerosakan lampu tu. Beri nombor tiang tu sebagai contoh tiang lampu ni JW2, 9. InsyaAllah. Biasanya dalam masa 24 jam lampu ni akan dibaiki dengan segera. Yok.

Ici Turns 4

Imej
Ici Turns 4. Selamat Hari Lahir yang ke-4 Muhammad Haziq Fiqri. Semoga menjadi anak yang soleh dan diberkati Allah selalu. Besday dia adalah yang terakhir dalam famili. Orang lain semua dah nak masuk 5, dia baharu jejak 4. Jangan noti noti selalu. Tau apa yang dia minta? Ici nak air gas tu. Hehehe. Sebab kami dah mula haramkan air gas untuk dia selama ni. Cian. Jam ni ja kita kasi.

Photo Session : Passport Picas for Angah and Ici

Imej
Photo Session : Passport Picas for Angah and Ici. So. Macam biasa. kena setup untuk sesi photography angah dan ici lah. Dedua akan ke sekolah baharu. Ofcoz dedua perlukan gambar passport kan. Senang sikit setting kali ni memandangkan ruang semua dah terbuka. Aku nyer blue background pun dah agak uzur. Usia dia dah 10 tahun dah beb. Aku guna sejak kat tun aminah. Amik gambo passport kebudaks. Cabaran aku kali ni adalah ici. Perrghhh. 7 kali snap 7 kali tukau memek muka. Masak weh kalau amik kat kedai. Satu-satunya anak aku yang amik gambo kat kedai pun si iqa ja. Tu pun masa dia setahun. pastu aku beli kamera khas nak amik gambo kebudaks ni la. Layan.

Digital to analog audio Converter on Shopee

Imej
Digital to analog audio Converter on Shopee. Dah sampai barang aku ni. Terus pasang kat tv sambung ke sound system. Converter tu aku wat spare je. Aku lebih nakkan kabel digital audio tu jer. Tapi bila browse dapat converter ni dengan harga yang sama dengan kabel sahaja. Why not beli aje kan. Sambil nyelam minum air namanya ni. Semak juga pasal barang angah. Sekali kena amik kat pusat serahan. Abam posmen lupa nak tinggal note daa...

Jom Jenjalan : GP Mall, Gelang Patah

Imej
Jom Jenjalan : GP Mall, Gelang Patah. Singgah mr. DIY cari bakul dan kelengkapan lain untuk iqa. Ronda sebentar ke GP Mall. Nak tengok apa yang ada actually. Kosong. Ada la dua kedai yang buka dalam tu. Sempat borak ngan cleaner. Memang ini macam sejak 3 bulan lepas. Sib baik Hotel Holmes tu dah operasi. Kalau tak sunyi kawasan ni. Alamak. Harap akan ada perubahan nanti. Ada la tempat baharu leh ronda.

SK Taman Nusa Perintis : Kedai Buku Jualan 2019 - The Return

Imej
SK Taman Nusa Perintis : Kedai Buku Jualan 2019 - The Return. Seawal jam waktu mula operasi kami dah sampai. Ingatkan takde orang, rupanya dah ada dah. Takpe. Takde la ramai sangat kan. Kami pecah dua. Iqa beli baju. Aku beli buku. Setel. Hehehe. Sempat meronda sekolah lagi ngan ici.

Tadika Kemas Wawasan : Pengesahan Pendaftaran dan Pembayaran Yuran 2019

Imej
Tadika Kemas Wawasan : Pengesahan Pendaftaran dan Pembayaran Yuran 2019. Mulanya nak gerak ke SK Nusa Perintis. Tapi pasal dok mikir sini buka seawal jam 8 maka kami ke sini dulu. Dapat nombor satu beb. Kekeke. Jumpa teacher ici. Tahun depan ici masuk kelas 5 tahun. Hari Ahad ni ada kelas suaikenal dari jam 8 hingga 10 pagi. All the best Ici.

Lepak Krismas

Imej
Lepak Krismas. Hari cuti. Kumpul reramai. Kemas rumah. Selesai. Pakat lepak santai kat luar. Best beb. Layan tul main dan lepak kat sini.

Home Sweet Home Renovation Phase 3 : 20181225 Completed

Imej
Home Sweet Home Renovation Phase 3 : 20181225 Completed. Alhamdulillah. Setahun lebih menanti. Dari Raya puasa, sampai ke raya haji; deepavali semua kami harungi. Akhirnya setel juga masa Krismas.

Selamat Hari Krismas 2018

Imej
Selamat Hari Krismas 2018 pada semua pengunjung blog terutama bagi yang beragama Kristian. --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

RPT KSSM Semua Subjek Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 2019

Imej
RPT KSSM Semua Subjek Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 2019. Dikongsikan RPT Terbaru 2019 bagi Semua Subjek KSSM untuk Setiap Tingkatan dari portal  sumber pendidikan ,  gurubesar.my  dan pelbagai sumber lain.