Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel 2020

Asas Jaya 37 2020 : Majalah Sekolah Menengah Kebangsaan Gelang Patah

Imej
Asas Jaya 37 2020 : Majalah Sekolah Menengah Kebangsaan Gelang Patah. Semalam terima satu salinan majalah sekolah edisi 37 2020. Nice. Siap ada juga dalam bentuk flipbook. Yok layan...  http://online.anyflip.com/huemh/yzku/mobile/index.html ---  #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#Fujifilm ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience

Hari Kebangsaan Ke-63 2020 - aktiviti ici -

Imej
Hari Kebangsaan Ke-63 2020 - aktiviti ici -. Hari ni dihabiskan dengan aktiviti khas mengaler poster dan membuat dokumentasi sebelum dihaplod ke group tadika. Setel mengaler dah mula beraksi depan kamera la pulak. Malu malu si ici macam biasa. Layan aje la. Hehehe.

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan 2020

Imej
Selamat Menyambut Hari Kebangsaan 2020 kepada semua pengunjung blog. Malaysia Prihatin. Bersama kita hidup berbilang bangsa dalam keadaan harmoni, seia sekata, bersatu dan kasih pada negara. Biasanya sebulan aku penuh dengan promosi kemerdekaan. Tapi kali ni betul betul aku dimerdekakan dari semua gajet. Bulan terbaring nama dia. Makan ubat. Tido. ---  #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#Fujifilm ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Bersyarat COVID-19 : Aktiviti Minggu 12

Imej
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Bersyarat COVID-19 : Aktiviti Minggu 12. Hari ni hari last PKPB. Mulai esok dah mula PKP Pemulihan. Ada sedikit kelonggaran kepada beberapa sektor tambahan. Masa gi ofis tadi pun dah mula nampak gerai gerai dah mula dibuka. Sempat la kongsi rezeki sikit dengan penjaja yang ada. Petrol Routine for Livina barsambung semula. Petronas Jalan Tun Razak. RM58.58 for 39.579l petrol meliputi perjalanan sejauh 524.9 km. Pakai app Setel sepenuhnya. Minggu ni hampir semua barangan shopee yang ditempah dah mula sampai. Tinggal satu je lagi beyblade iqi lum sampai. Kami juga dah mula travel sampai ke KIPMall untuk beli barang basah. Quite OK dari segi pematuhan SOP nya. Dapat la makan ok sikit kan. Ada pulut kuning juga meraikan iqi dah khatam quran dan selesainya puasa sunat. PM juga buat dua kali press conference yang membuka kepada PKPP ni. Makanya kami di sektor pendidikan pun dah mula sibuk dengan persediaan berdasarkan garis panduan yang diedarkan. Paling t

Garis Panduan Pengurusan Pembukaan Semula Sekolah

Imej
Garis Panduan Pengurusan Pembukaan Semula Sekolah. Dokumen berkaitan boleh dimuat turun melalui pautan berikut : Surat Siaran Garis Panduan Pengurusan Pembukaan Semula Sekolah -  https://www.moe.gov.my/muat-turun/pekeliling-dan-garis-panduan/surat-siaran/3448-surat-siaran-bilangan-5-tahun-2020-garis-panduan-pengurusan-pembukaan-semula-sekolah/file Garis Panduan Pengurusan Pembukaan Semula Sekolah -  https://www.moe.gov.my/muat-turun/pekeliling-dan-garis-panduan/3449-garis-panduan-pengurusan-pembukaan-semula-sekolah-4-6-2020/file   --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#Fujifilm ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience

Pemakluman Mengenai Arahan Kepada Guru Kembali Ke Tempat Bertugas

Imej
Pemakluman Mengenai Arahan Kepada Guru Kembali Ke Tempat Bertugas. Surat siaran beserta lampiran contoh surat daripada ketua jabatan boleh dimuat turun melalui pautan https://www.moe.gov.my/images/KPM/UKK/2020/06_Jun/04062020_PEMAKLUMAN_MENGENAI_ARAHAN_KEPADA_GURU_KEMBALI_KE_TEMPAT_BERTUGAS.pdf ---  #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited  #‎mknace  ‎#blogger  #‎photography  #‎photoblog  ‎#‎SJCAM  ‎#SJ4000  #J3  ‎#Samsung  ‎#Fujifilm ‎#altek  #‎cubic  #love  ‎#followme  #‎beautiful  #‎blogoftheday  #fun  #like ‎ #life  #colorful ‎ #photooftheday  #‎MyExperience

Fenomena Istiwa A'dzam dan semakan arah kiblat 2020

Imej
Fenomena Istiwa A'dzam dan semakan arah kiblat 2020. Pada 27 Mei 2020, Rabu bersamaan 4 Syawal 1441H - 5:16 PM (waktu Malaysia) akan berlakunya fenomena Istiwa A'dzam. Istiwa A'dzam ialah kedudukan Matahari tepat berada di atas Kaabah (12:16 PM waktu Mekah). Fenomena ini berlaku dua kali dalam setahun. Oleh itu, seluruh umat islam di Malaysia berpeluang untuk menyemak ketepatan arah kiblat di premis atau kediaman masing-masing. Kita boleh menyemak arah kiblat dengan menggunakan objek-objek tegak dan lurus sebagai alat pengukur bayang-bayang objek. Pastikan cuaca dalam keadaan baik (tidak mendung/hujan) supaya bayang-bayang objek jelas kelihatan dan mudah untuk ditanda. Kaedah semakan boleh merujuk kepada infografik yang disediakan dan pastikan waktu yang dirujuk diselaraskan dengan waktu sirim. Selesai membuat penandaan arah kiblat, maka bolehlah menyemak semula arah kiblat yang sedia ada atau membuat semakan arah kiblat di aplikasi telefon pintar masing-masing. (t

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Bersyarat COVID-19 : Aktiviti Minggu 10

Imej
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Bersyarat COVID-19 : Aktiviti Minggu 10. Dah masuk hari ke-70. Ada dua minggu lagi sebelum tamatnya siri PKPB ni. InsyaAllah. Moga dipermudah segala urusan olehNya. Minggu ni minggu yang paling sibuk buat aku. Penuh seminggu dengan pelbagai aktiviti di tempat kerja. Layan. Si Leman lo ni pantang balik, mesti melingkau. Iqi dan Ici hampir setiap malam main bunga api. Sakan deme. Kami buat sesi photoshoot beberapa hari sebelum raya. Alhamdulillah. Setel ucapan dari sektor dan aku sendiri. Puan Sallina dah sampai ke garisan penghujung perkhidmatannya sebagai penjawat awam. Majlis untuk dia dijalankan pada hari Khamis lepas. Layan kat youtube aje dari ofis aku. Hari jemaat aku masih ke ofis. Ada program lagi. Balik singgah kat Booktalk beli barang keperluan iqa. Masak menunggu kat barisan sebab dia kasi dua orang aje masuk dalam satu-satu masa. Lenguh beb berdiri. Balik rumah jumpa anak si Tamrin. Wow seperti biasa. Harap dapat bertahan sampai dewasa la

Leman Miko si Hantu Durian

Imej
Leman Miko si Hantu Durian. Memang pantang tul dia bila bau derian. Semalamnya tak berani dekat sebab ramai sangat orang. Hari ni order balas. Kebudaks nak makan lagi kata diaorang. Minta pak ngah tolong orderkan. Hantar pakai motor ja beb. Bawak masuk. Apa lagi. Si Leman la yang ke depan. Pergghhhh... Full video @ https://youtu.be/1v-Cj4XxfP8

Syawal 1441 : Our 2020 Raya

Imej
Syawal 1441 : Our 2020 Raya. Aidilfitri kali ni kita sambut dalam normal baharu, segalanya berubah kaedah waima dari segi sampaikan salam dan ziarah menziarahi. Tahun ketiga aku menggunakan kad digital sepenuhnya dan bakal beraya dalam normal baharu. Penggantian sepenuhnya oleh media sosial semata-mata tahun ini dan tahun-tahun seterusnya. Bagi pengumpul kad aku terutamanya, mohon maaf kerana tidak meneruskan tradisi lama ini lagi. Raya kali ni tenang. Sangat tenang. Makan dulu. Dengar takbir dari surau berdekatan. Khutbah pun dilaksanakan menerusi corong pembesar suara sejurus selepas usai solat sunat aidilfitri. Pagi ni sempat bervideo call dengan famili sebelah aku yang rata-rata terpisah. Ada yang di Kedah. Ada yang di Selangor. Ada yang di Sabah. Dan aku, di Johor. Alhamdulillah. Teknologi mendekatkan kita. Untuk famili di Johor, semuanya duduk di kawasan yang sama, Gelang Patah. So, pagi ni kami berkumpul. Ngam ngam 20 orang. Snap picas round satu pasal keluarga ucu masih belu

Syawal 1441 : Raya Haircut Project

Imej
Syawal 1441 : Raya Haircut Project by mama. Semua the jantans kena panggil petang 22 tu. Apa lagi kalau bukan projek gunting rambut oleh mama. Memang dah terer dah tu. Lepas ni leh la santai santai gunting rambut kat rumah aje. Tak payah bersesak dan beratur kat ane lagi. Layan.

Simple Project : Kad Ucapan Media Sosial Raya S4PD

Imej
Simple Project : Kad Ucapan Media Sosial Raya S4PD. Simple. Cepat. Pantas. Siapa yang ada, kita snap kat ofis. Siapa takde, send gambo. Maka. Terhasillah simple kad ucapan raya khas untuk semua. Dalam masa sehari terus diselesaikan. Esoknya terus hapdet. Selamat hari raya dari kami warga sektor perancangan dan pengurusan JPN Johor. Layannzzz.

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Bersyarat COVID-19 : Aktiviti Minggu 9

Imej
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Bersyarat COVID-19 : Aktiviti Minggu 9. Diam tak diam dah genap 63 hari. Cuma. Kali ni di bawah bersyarat. Agak tak konsisten dalam update infografik. Masa biasa semak data dan design dah berubah jadi masa pergerakan ke ofis. So. Ada lari lari sikit pengurusan masa tu. Awal minggu macam ok. Makin ke hujung makin bercelaru sikit. Kereta pun dah makin banyak atas jalan. Penuh minggu ni di pejabat, banyak nak kena lihat dan semak segera. Kedai dah banyak yang dah mula buka. So, banyak makanan biasa dibeli sebelum ni dah mula boleh dapat semula. Mama pun dah makin menambah proses buat kuih. Paling tak best adalah si Tomok hilang. Dah si Naqiu ngiau cari. Sian dia. mana boleh berpisah dua kembang ni. Sempat buat projek ringkas untuk hari guru. Kasi vibrant dan meriah gitu. Dalam masa yang sama dapat la semua amik gambo passport dan gaya bebas. Penutup minggu juga ada kunjung hormat Pn Sallina yang bakal bersara. Terima kasih atas segala sumbangan dan ilm

22 Mei lihat anak bulan Syawal 2020

Imej
22 Mei lihat anak bulan Syawal 2020. Tarikh melihat anak bulan Syawal akan diadakan pada petang Jumaat, 22 Mei bersamaan 29 Ramadan 1441 Hijrah di 15 lokasi terpilih di seluruh negara, menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja di sini hari ini. Majlis Raja-Raja juga bersetuju bahawa cara menetapkan tarikh Hari Raya Puasa adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab dengan tarikh sambutan akan diisytiharkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja pada malam itu juga melalui radio dan televisyen. Sebanyak 15 lokasi dikenal pasti untuk melihat anak bulan Syawal ketika Perintah Kawalan Pergerakan iaitu di Pontian Kecil, Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara, Melaka; Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan; Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam, Selangor; Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Manjong, Perak dan Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh, Pulau Pinang; Lokasi lain yang turut terpilih ialah Menara Alor Setar, Alor Setar, Kedah; Balai Besar, Kuala

Selamat Hari Guru 2020 : Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu

Imej
Selamat Hari Guru 2020 : Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu. A simple projek sempena Hari Guru kali ni. Sambutan yang berbeza mengikut normal baharu. Hanya sekadar design yang dapat dititipkan pada semua guru. Tahniah dan terima kasih pada semua guru yang pernah mengajar kami; secara formal atau tidak formal. Anda memang insan terpilih dan terbaeekkk!!!! Terima kasih cikgu!

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) COVID-19 Fasa 4 : Aktiviti Minggu 8

Imej
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) COVID-19 Fasa 4 : Aktiviti Minggu 8. Kalau diikutkan, hari ni adalah hari last untuk PKP. Setelah dipertimbangkan PM telah mengambil langkah mengisytiharkan tambahan sehingga 9 Jun dengan bersyarat. Graf dah makin nampak ok dah ni. Memang langkah yang baik dan sekarang tanggungjawab tu adalah tanggungjawab kita bersama untuk berdisiplin dalam menghadapi norma baharu dalam memastikan pandemik ini dapat dikawal. OK. So, minggu ni memang banyak perkara yang kami buat dalam keadaan norma baharu. Tadarus diselesaikan secara VC. Mesyuarat dijalankan secara VC. Sampaikan majlis pengarah pun VC juga. Yang pasti, banyak perkara perlu dilihat semula terutama dari segi kemampuan dan liputan teknologi yang masih belum meluas. aku sendiri berada di kawasan pinggir liputan. Masak jugak la. Time ok, ok lah. Tu pun kejap paginya ok. Kejap tengah hari yang ok. Pening weh. Penutup  minggu 8 ni adalah big boss bergerak ke bahagian. Genap setahun sebagai pengarah. Teri

TEMA HARI GURU TAHUN 2020: “BERGURU DEMI ILMU, BINA GENERASI BAHARU”

Imej
TEMA HARI GURU TAHUN 2020: “BERGURU DEMI ILMU, BINA GENERASI BAHARU”. Hari Guru disambut pada 16 Mei setiap tahun sebagai tanda memperingati dan menghargai pengorbanan guru dalam mendidik, membimbing serta membentuk anak bangsa. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ingin memaklumkan bahawa tema Hari Guru sempena sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan kali ke-49 pada tahun 2020 adalah “Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu”. Tema ini menyentuh peranan guru dalam memperkasa keilmuan dan profesionalisme bagi membina generasi baharu negara yang dapat memenuhi matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Guru merupakan insan yang sentiasa dahagakan ilmu dan tidak jemu memperlengkap dirinya dengan pelbagai pengetahuan, kemahiran dan nilai sejajar dengan prinsip pembelajaran sepanjang hayat (lifelong learning). Dalam konteks berguru, ilmu hendaklah diperoleh daripada seseorang yang mempunyai kepakaran atau kemahiran yang autentik serta berasaskan sumber yang betul, sahih dan berwibawa.

Selamat Hari Wesak 2020

Imej
Selamat Hari Wesak 2020 khususnya pada semua pengunjung blog yang beragama Buddha. --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#Fujifilm ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) COVID-19 Fasa 4 : Aktiviti Minggu 7

Imej
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) COVID-19 Fasa 4 : Aktiviti Minggu 7. Dalam diam kita dah masuk ke minggu ke-7. 49 hari dah kita duduk rumah. Minggu ni bermula perubahan drastik di mana PKP mula dilonggarkan, kita ke arah cara hidup yang lebih baik dalam memastikan rantaian tetap dapat diputuskan. Normal Baharu memang memberikan cabaran pada kita semua terutama dari segi sikap dan disiplin. Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) mula mengambil tempat. Aku antara yang tersenarai untuk mula bekerja pada awal PKPB ni. Cabaran betul. Selama ni aku duduk dalam zon hijau dan kini aku kena bergerak keluar ke zon kuning. Pagi tu dah terkena. Blok penghalang masih belum diangkat menyebabkan aku terpaksa cari jalan alternatif ke opis. Alhamdulillah. Semuanya OK. Masa balik dah clear dah semua penghalang ni. Sebelum PKPB tu mama aku bawa keluar. Bagi dia pengalaman berada diluar setelah sekian lama duduk rumah. Memang kekok sikit la kan. Takpe. Kita akan move on dengan cara baharu ni.

SOALAN LAZIM (FAQ's) OPERASI PEJABAT KERAJAAN SEMASA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT (PKPB)

Imej
SOALAN LAZIM (FAQ's) OPERASI PEJABAT KERAJAAN SEMASA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT (PKPB). Soalan lazim berdasarkan Surat Edaran JPA rujukan JPA.SARAAN(S)256/6/31 JLD.6 (6) bertarikh 2 MEI 2020 yang boleh dimuat turun melalui pautan  https://docs.jpa.gov.my/docs/se/2020/se02052020.pdf 1. Apakah tujuan surat edaran ini dikeluarkan? Surat edaran ini disediakan sebagai prinsip panduan (guiding principle) untuk Ketua Jabatan menyediakan garis panduan operasi pejabat yang khusus dan sejajar dengan fungsi dan tugasan jabatan masing-masing dengan mengambilkira keperluan menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan dan memadankan keperluan petugas-petugas menyampaikan perkhidmatan samada di lokasi atau secara maya. Walau apa pun, penyediaaan garis panduan yang khusus ini perlu mengambilkira saranan YAB Perdana Menteri dan Ketua Setiausaha Negara, antaranya, keberadaan di pejabat kepada pegawai yang perlu, penggiliran pekerja dan galakan pelaksanaan mesyuarat secara maya. 2. S