Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel 310 Orang

Angka Korban Meningkat Kepada 310 Orang Dalam Insiden Rempuhan Di Mina, Tiada Rakyat Malaysia Terlibat

Imej
Angka Korban Meningkat Kepada 310 Orang Dalam Insiden Rempuhan Di Mina, Tiada Rakyat Malaysia Terlibat Jumlah angka korban dalam kejadian rempuhan di Mina semasa jemaah dari seluruh dunia sedang menunaikan ibadah haji di Arab Saudi hari ini meningkat kepada 310 orang, menurut agensi berita Reuters. Memetik pihak berkuasa Pertahanan Awam Saudi, agensi itu berkata pasukan pertahanan awam sedang menjalankan operasi menyelamat dalam kejadian di pintu masuk jambatan ke jamrah untuk mengerjakan ibadat melontar jamrah di Mina, di luar Makkah. Agensi berita itu kali terakhir insiden rempuhan besar seperti itu berlaku pada musim haji 2006 dengan sekurang-kurang 346 jemaah terbunuh. Terdahulu, wartawan Bernama, Mohd Shukri Ishak telah melaporkkan dari Makkah bahawa lebih tiga juta jemaah termasuk lebih 22,000 jemaah Malaysia kini berada di Tanah Suci untuk mengerjakan Rukun Islam kelima itu. Tragedi itu berlaku ketika sejumlah besar jemaah berasak-asak di Jalan 204, di pusat perkhemaha