Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel 5 emas

Incheon Ucap 'Annyeonghi Gyeseyo', Jumpa Di Jakarta

Imej
Incheon Ucap 'Annyeonghi Gyeseyo', Jumpa Di Jakarta. Malaysia gagal capai sasaran lapan pingat emas. Malaysia menduduki tangga ke-14 dengan pungutan 5 emas, 14 perak dan 14 gangsa. INCHEON, 4 Okt (Bernama) -- 'Annyeonghi Gyeseyo' (Selamat Tinggal) Incheon 2014) dan Jumpa Lagi di Jakarta pada 2018', slogan yang bergema di akhir temasya Sukan Asia ke-17 di sini, Sabtu malam. Selepas 16 hari Obor Sukan Asia 2014 akhirnya dipadamkan secara perlahan-lahan di Stadium Utama Asiad Incheon bagi menandakan temasya sukan kedua terbesar dunia akhirnya melabuhkan tirainya. Pengerusi Majlis Olimpik Asia (OCA) Sheikh Ahmad Al-Fahad Al-Sabah, menyempurnakan majlis penutupan dengan menyifatkan temasya Incheon sebagai telah membuka lembaran baharu dalam kehidupan. Majlis penutupan berlangsung dalam suasana meriah dan penuh warna-warni, diselangi dengan persembahan kebudayaan, nyanyian oleh kumpulan koir dan bintang sensasi 'Bigbang' dan pertunjukan bunga api. Persemba