Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel 7 Likur

Pelita 7 Likur Ziqri

Imej
Pelita 7 Likur Ziqri. Bukan nak masuk bertanding pun. Sekadar suka suka. Meriah sikit. Jalan pun terang. Suka iqi nengok. Si montel lum nengok lagi ni. Mesti dia pun suka.

Pertandingan Lampu 7 Likur 3 Kampung

Imej
Pertandingan Lampu 7 Likur 3 Kampung. Meriah la suasana kat sini malam malam akhir ni. Adik inaz asyik dok suruh atuk masuk je. Tengok le. Bukan senang nak menang. Sekadar suka suka ok ler. Pertandingan ni melibatkan 3 kampung, kg melayu, kg jawa dan kg melayu baru wawasan. Pengadilan bermula dari 28 jun hingga 4 julai. Penyertaan percuma. Just perlu whatsapp nama, ic dan alamat pada en firdaus di talian 0177553734 sebelum jam 6, 28 jun ni. Kriteria meliputi kreativiti, inovasi, kekemasan, efisien, keceriaan, kemeriahan dan konsisten. Pertandingan anjuran Belia 4B Gelang Patah ni menawarkan hadiah wang tunai RM300 bagi juara, RM200 bagi naib juara, RM100 bagi tempat ketiga dan RM50 untuk 10 pemenang saguhati.

Bunga Api Malam 7 Likur - First Round

Imej
Bunga Api Malam 7 Likur - First Round. Dah 7 likur ke? Aku pun tak tau. Kalau kat Baling, start malam ke 27 baru pasang; tu cerita masa aku kecik kecik dulu la. La ni cam tak kira dah pun. Dah minggu last dah bertabur berkerlipan sepanjang jalan dah pun. Yang kebudaks ni pun dari lepas maghrib dok ngecek atuk dia. Sampai dapat tuh. Dah dapat, tak hingat dunia dah. Yok kita layan first round.