Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel 717 Jemaah

Angka Kematian Insiden Rempuhan Di Mina Meningkat Kepada 717 Jemaah

Imej
Angka Kematian Insiden Rempuhan Di Mina Meningkat Kepada 717 Jemaah SEHINGGA 11.30 MALAM : 717 jemaah haji terkorban, 863 tercedera dalam rempuhan di Mina - Direktorat Pertahanan Awam Arab Saudi Angka kematian dalam kejadian rempuhan ketika ibadah melontar jamrah di Mina, Arab Saudi, hari ini, telah meningkat kepada 717 jemaah, menurut Direktorat Jeneral Jabatan Pertahanan Awam Arab Saudi. Menurut jabatan itu dalam laman sosial Twitter rasminya @KSA_998, bahawa lebih 719 jemaah cedera dalam kejadian pukul 11 pagi waktu tempatan, disebabkan sikap tolak menolak bilangan besar jemaah di Jalan 204 di Mina, luar Makkah. Kawasan tersebut merupakan salah satu daripada dua laluan utama melalui tapak perkhemahan jemaah ke jamrah. Agensi berita Reuters melaporkan kejadian itu merupakan paling buruk berlaku ke atas jemaah dalam tempoh 25 tahun apabila 1,426 jemaah terbunuh dalam terowong berdekatan Makkah pada Julai 1990. Kali terakhir tragedi rempuhan berlaku di Mina adalah pada