Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel 895 Undi

PRK ROMPIN : BN Kekal Di Rompin Dengan Majoriti 8,895 Undi

Imej
PRK ROMPIN : BN Kekal Di Rompin Dengan Majoriti 8,895 Undi Barisan Nasional (BN) mengekalkan kerusi Parlimen Rompin dalam pilihan raya kecil yang berlangsung, Selasa dengan majoriti 8,895 undi. Calon BN Datuk Hasan Arifin, 62, mendapat 23,796 undi atau 61 peratus berbanding calon PAS Nazri Ahmad, 40, memperoleh 14,901 undi atau 39 peratus. Pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13), Mei 2013, Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis telah mengekalkan kerusi yang disandangnya hampir enam penggal itu dengan mengalahkan bekas Ketua Dewan Muslimat PAS, Nuridah Mohd Salleh dengan majoriti 15,114 undi. Jamaluddin mendapat 30,040 undi atau 66.53 peratus berbanding Nuridah dengan 14,926 undi atau 33.06 peratus. Keputusan itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Datuk Fadzilla Salleh di pusat penjumlahan undi di Dewan Jubli Perak Sultan Ahmad Shah, Rompin, Selasa malam. Fadzilla berkata terdapat 591 kertas undi rosak pada pengundian, Selasa. Jumlah pemilih berdaftar yang keluar mengundi hari