Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel 896 Calon Dapat Semua A Berdasarkan Format Baharu UPSR 2016

4,896 Calon Dapat Semua A Berdasarkan Format Baharu UPSR 2016

Imej
4,896 Calon Dapat Semua A Berdasarkan Format Baharu UPSR 2016. Semalam agak menarik. Suasana yang berbeza berbanding tahun sebelumnya. Aku agak lambat terasa bahang sebab ada mesyuarat khas yang lain di lokasi pun agak jauh. Biasanya suasana ceria, update FB yang meriah. Tapi semalam lain. Lambat semuanya. Mood kurang ceria. Bagi aku. Satu langkah permulaan yang baik. Cream of cream. Kalau betullah ejaan aku tu. Hehehe. 4896 yang betul betul pure diamond. Memang tengok dari segi gred pun agak tinggi. 90 tak salah baru A. Kalau tak salah lah ye. Dengan format baharu yang lebih menyeluruh, hilangkan konsep menghafal. Yang ni memang aku paling suka. Sebab dari dulu aku memang tak suka dengan budak menghapal aje. Ingat lagi kes yang aku kena tegur sebab aku bagi kosong terus aje kalau aku jumpa budak tanda kertas OMR secara berpola. Ni benda benda yang perlu kita banteras dari awal, dan langkah kementerian bagi aku sangat baik. We need the thinking generation, bukannya hapal generation.