Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Adab Makan

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Adab Makan

Imej
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Adab Makan عَنْ عُمَرَ بْنَ أَبِي سَلَمَةَ يَقُولُ: كُنْتُ غُلاَمًا فِي حَجْرِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَكَانَتْ يَدِي تَطِيشُ فِي الصَّحْفَةِ فَقَالَ لِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: يَا غُلاَمُ سَمِّ اللَّهَ وَكُلْ بِيَمِينِكَ وَكُلْ مِمَّا يَلِيكَ Daripada Umar bin Abi Salamah katanya: Sewaktu aku kecil di bawah jagaan Nabi SAW tanganku sentiasa berlegar sekeliling talam (untuk mendapatkan makanan dan lauk). Nabi SAW berkata kepadaku: Wahai anak, sebut nama Allah (baca Bismillah), makan dengan tangan kananmu dan makanlah (ambillah makanan) yang hampir denganmu. (HR Bukhari No: 5061) Status: Hadis Sahih Pengajaran: 1.  Islam mengajar agar beradab dalam setiap perkara termasuklah ketika makan. 2.  Antara adab makan dalam Islam: a.  Memulakan dengan bacaan Basmallah (Bismillah) b.  Makan menggunakan tangan kanan c.  Mulakan makanan yang paling hampir dengan kita 3.  Makanan dan minuman yang ti