Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Aidiladha

Salam Aidiladha 2021 1442H

Imej
Salam Aidiladha 2021 1442H pada semua saudara, adik beradik, rakan taulan, dan tak dilupa pengunjung blog ini. Selamat hari raya dari kami sekeluarga! ---  #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#Fujifilm ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience

AidilAdha 2021 : Tarikh Melihat Anak Bulan

Imej
AidilAdha 2021 : Tarikh Melihat Anak Bulan. Tarikh melihat anak bulan Zulhijah bagi menetapkan tarikh Hari Raya Aidiladha adalah pada petang Sabtu, 10 Julai bersamaan 29 Zulkaedah menurut kenyataan pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja. Penyimpan Mohor Besar Raja-raja akan mengisytiharkan pada malam itu juga tarikh 1 Zulhijah dan tarikh 10 Zulhijah iaitu Hari Raya Aidiladha yang ditetapkan melalui radio dan televisyen.  Majlis Raja-raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Hari Raya Qurban adalah berdasarkan rukyah dan hisab. Jawatankuasa-jawatankuasa yang berkenaan telah diperkenankan untuk melihat anak bulan Zulhijah pada petang hari tersebut di 28 lokasi di seluruh negara. Lokasi tersebut adalah : 1. Pontian Kecil 2. Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara,  3. Kompleks Baitul Hilal Telok Kemang, Port Dickson,  4. Bukit Melawati, Kuala Selangor 5. Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat  6. Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam 7. Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Ba

Lepak santai Aidiladha

Imej
Lepak santai Aidiladha. Ucu datang. Lepak main-main sama aiman dan wani. Punyala seronok fiqri kibar bendera sampai terketuk kepala aiman. Sian aiman.

Salam Aidiladha 1436h 2015

Imej
Salam Aidiladha 1436h 2015 pada semua saudara, adik beradik, rakan taulan, dan tak dilupa pengunjung blog ini. Selamat hari raya! Esok den dah mulo cuti. Tapi tak balik kampung huhuhu. Via Blogger PC Edisen Enjoice...Sharing is power!!!

Solat sunat Aidiladha di Masjid Jamek Gelang Patah

Imej
Solat sunat Aidiladha di Masjid Jamek Gelang Patah. Alhamdulillah. Tepat jam 8.15 pagi. Semua berjalan seperti yang dirancang. Cuaca agak baik pagi ni. Mendung tapi tiada hujan.

Perutusan Aidiladha 1435H Dato' Sri Najib Razak Perdana Menteri Malaysia

Imej
Perutusan Aidiladha 1435H Dato' Sri Najib Razak Perdana Menteri Malaysia Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar Walillahil hamd 1. Alhamdulillah, segala pujian dan penuh kesyukuran hanya kepada Allah SWT. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW, jua buat sekalian keluarga serta sahabat baginda. 2. Bertepatan dengan nama Aidil Adha itu, perayaan agung ini diikoni oleh dua ibadah besar iaitu ibadah haji dan ibadah sembelihan korban. Intisari kedua-dua ibadah ini ialah sifat dan semangat pengorbanan demi mencari redha Allah dan meninggikan syiar serta syariat agama Allah. Pengorbanan ini, melangkaui dimensi material dan jasadi, malahan ia merangkumi sama aspek jiwa-rohani kita sebagai hamba. 3. Demikianlah kita mengiktibari semangat pengorbanan silam, untuk kita garap dalam perjuangan kita memakmurkan negara yang tercinta ini dengan berteraskan keadilan dan keharmonian. Tiga rencah

Salam Aidiladha 1435h 2014

Imej
Salam Aidiladha 1435h 2014 pada semua saudara, adik beradik, rakan taulan, dan tak dilupa pengunjung blog ini. Selamat hari raya!