Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Aishah

Selamat Pengantin Baharu Kamarul & Aishah

Imej
Selamat Pengantin Baharu Kamarul & Aishah. Memang kami tercari-cari betul mana la letaknya Rumah Johor ni. Belasah aje. Dari STF aku terus ke sini. Lepak jap kat depan tu. Mama tanya orang lalu lalang. Kami tau tempat mandi je kak. Kekeke. Tengok pelan. Yang paling hujung bangunan kot. Sekali. Wah. Dari Tasik 7 ke Tasik 5. Waduh. Dah sampai tengah tak sanggup lagi aku nak patah balik. Sengal la sikit kaki aku ni kan. Alhamdulillah. Berjaya sampai. Kekeke. Kalau parking depan Rumah Johor pun masih tetap kena menapak. Lebih susah sebab kena mendaki laluan bukit yang lagi curam. Cantik tempatnya. Meriah dipasang pelaminnya. Masuk. Sekali lepak dengan Iskandar. Geng lama kat SMK Taman Bukit Indah dulu. Borak punya borak. Pengantin dah tiba. Serba ungu hari ni. Selesai semua. Kami terus gerak. Hmmm... Nak sambung menapak semulalah ni ye. Layan. Apapun. Tahniah pada kedua mempelai. Semoga kekal berbahagia sehingga ke Jannah.