Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Aliff Syukri menarik diri taja pasukan Kedah

Aliff Syukri menarik diri taja pasukan Kedah

Imej
Aliff Syukri menarik diri taja pasukan Kedah. PENGASAS D'Herbs Healthy Sdn Bhd (D'Herbs), Datuk Aliff Syukri Kamarzaman berkata, pihaknya sudah menarik diri daripada menjadi penaja buat pasukan Kedah. Aliff Syukri Kamarzaman atau lebih dikenali sebagai 'Abang Terlajak Laris' berkata, keputusan itu dibuat selepas beliau tidak lagi berminat untuk menaja pasukan Helang Merah itu. "Sudah, saya tidak berminat," katanya ringkas menerusi WhatsApp kepada Sinar Online hari ini. Beliau berkata demikian ketika ditanya adakah pihaknya sudah membuat keputusan untuk menjadi penaja Kedah atau sebaliknya. Namun ketika ditanya kenapa pihaknya menarik diri, Aliff Syukri enggan mengulas lanjut. Januari lalu, Aliff Syukri mengadakan pertemuan dengan Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir bagi membincangkan mengenai penajaan skuad Helang Merah. Tetapi, disebabkan oleh krisis politik yang melanda Kedah baru-baru ini yang telah menyebabkan Mukhriz terpaksa mengundurkan di