Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Ambang merdeka

Journey back from Bengkel Kerja Perlaksanaan Dashboard Prestasi PPD

Imej
Journey back from Bengkel Kerja Perlaksanaan Dashboard Prestasi PPD. Kengkonon leh sampai lam kul 8 - 9 la kekdahnya. Campur tolak jam, berenti bagai... jam 1 pagi baru aku sampai rumah di gelang patah. Huhuhuhu... Sengsangat la penatnya... Read on...

Majlis Perhimpunan Hari Kemerdekaan ke-52 Johor

Imej
Sambutan tahun ni dibuat kat Stadium Larkin. Aku kuar tadi pun lebih kurang jam 6.15 pagi. Gelap lagi tu. Jalan memang lengang la. Sampai jer area Larkin mula nampak sibuk sikit. Terus cari tempat parking. Ngam ngam sebelah stadium. Kuar nengok geng-geng perbarisan yang ramai. Kuar jer. Masuk jer stadium tengok dah ramai gak la orang kat dalam. Masuk jer mama terus cari tempat pendaftaran. Aku cam biasa la. Kuarkan kamera melilau. Petugas tanya dari mana, maybe sebab style aku kot. Ala dari sekolah jer. Terus aku tanya perjalanan majlis; kat mana aku nak duduk and what so ever la. Cheh. terspeaking london jap. Pastu baru aku gi daftar nama. La, baru aku ngan mama jer yang daftar. Mama tanya nak dok mana. Aku cakap kita kena berbaris kiri kanan padang. Tak yah la. Jom cari tempat duduk. Nanti pun aku mesti meronda punyer. Dapat tempat duduk, aku cam biasa merayap lagi. Merayap sana, merayap sini. Borak-borak ngan photografer yang datang. Pastu ajak mama tukau tempat. Jom dok kat atas la

Ambang Kemerdekaan ke-52 Malaysia

Imej
Biasanya dari dulu, malam ambang kemerdekaan memang tak pernah sunyi. Ada konsert, ada bunga api, ada kumpul ramai-ramai. Tapi tahun ni memang takde apa-apa. Bagus jugak, semua dok kat rumah ajer la. Lagi pun sekarang kan bulan Ramadhan. Tak payah la kita nak sambut lebih-lebih kan. Malam ni kebetulan bersihkan rumah. Susun-susun barang. Banyak gak sampah yang dijumpai. Aku pun apa lagi wat unggun api la. Teringat lak masa shoot bunga api 2 tahun lepas. Sampai lambat sikit. Last-last shoot unggun api macam ni la jugak. Apa-apa pun.. Selamat menyambut Kemerdekaan Malaysia yang ke-52. Layan jer la Hati Malaya 1957 kat TV2. Enjoice... Esok berjumpa kita kat Stadium Larkin...