Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Android Apps

Android Apps : PlayTV @Unifi

Imej
Android Apps : PlayTV @Unifi. Mentang mentang hari ni dapat MC. Dari dok melepek aja kat katil, baik aku godak PlayTV ni. Dapat la sebulan free tengok memana channel. So hari ni memang habis aku godak la. Dengan Mappa nya, dengan Pembukaan Sukan Komanwel nya. Belum cerita channel lain. Tapi. Lebih banyak yang unifi TV layan nengok aku tido. Bawah pengaruh ubat kot. Kekeke. Kisahnya lepas subuh, sarap. Terus tertido. Bangun pun time PM umum DG56 tu. Antara dengar ngan tidak aje. Haissshhh. Tu yang sasul tulih 58 tu pada mulanya. Setel yang tu godak sikit. Lunch. Tido lagi. Bangun sempat la layan whatsapp, telegram bagai. Kalau korang tengok aku aktif menjawab maknanya aku belum makan ubat atau baru terbangun la tu. Kekeke. Tensen pulak tang komanwel ni. Dia pakai HD. Memandangkan kawasan aku ni pinggir coverage, memang sangkut la. Nak pulak time Malaysia masuk. Boleh pulak tangan aku terlebih jauh menyentuh butang back. Haiiisshhh. Masuk semula dah tiba giliran team pakistan. Nasib n

Android Apps : Paper Camera

Imej
Boleh tahan jugak. Nice one. Memang automatic tukar picas jadi paparan sketch pencil dan banyak lagi. Apapun, aku suka pencil the best...

Android Apps : Pro Capture

Imej
Boleh tahan pakai apps ni. Unlimited picas untuk ambik photomerge. Apalagi.. 360 pun boleh ni gamaknya. Memang terbaeekkk!!!! Lagi satu yang aku perasan. Bateri lebih save untuk ambik picas pakai apps ni berbanding camera biasa pada tab korang. Try it out...

Android apps : Blood and Glory gore edition

Imej
Semalam tetiba apps ni update sendiri. Mana taknya. Aku memang set automatic update. So, apa yang ditambah. Satu mode baru... gore edition. Syarat utama mesti beli senjata yang boleh pancung kepala la. Nak tak nak beli la sebilah pedang nih. Just nak test kan, walau kuasa dia amat la kurangnya dari senjata aku pakai sekarang. Apa yang best.. memang nampak kepala melayang la. Yang tak best. Mayat terbaring tetap ngan kepala, dan satu lagi kepala tersadai sebelah dia. Kat situ kureng sikit la. Apa pun efek kepala melayang tu terbaeekkk!!!!

Blood and Glory update

Imej
Main sesikit jer. Tau tau dah level 15. Senjata, armor semua dah tahap ujung. Lambat la nak tunggu senjata baru. Tak macam guns bros, ader ajer senjata, armor baru. ^_^ Terbaeekkk!!!! by mknace Posted via Blogaway

Android Apps : Blogaway

Imej
Baru beralih dari Bloggerdroid kepada Blogaway. Kisahnya Bloggerdroid ni banyak masalah, dan menyebabkan aku terpaksa format tab, bukan sekali, tapi dua. Berbalik pada Blogaway. Lebih mudah, senang handle. Cuma image cuma boleh upload satu je. Nak haplod lebih, edit, insert yang nombor dua. So, kat situ cons dia la kan. Apa pun dengan sistem yang lebih mudah dan ringan cenggini, lebih mudah kita nak live blogging. Cuma aku rasa cam geo tagging lokasi tu kekadang tak tepat. Terpulang la. Aku kekadang pakai jugak, terutama ketika outstation. Saja nak nayang blogging dari mana kan. Apa pun aku kasi 4 bintang untuk apps ni. Kalau setel part image tu memang star penuh la. ^_^ Terbaeekkk!!!! by mknace Posted via Blogaway