Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Bajet 2016

Open House Cikgu Razi @ Blok C, CIQ

Imej
Open House Cikgu Razi @ Blok C, CIQ. Petang ni kami ke CIQ. Rumah kawan mama. Dia buat makan-makan. Mama dok risau pasal aku. Aku puasa hari ni. Tapi. Aku tak kisah pun. Takde hal la. Dok je lepak tepi. Layan Bajet 2016 gitu. Fiqri suka kat situ. Makan bubur.

Bajet 2016 MENSEJAHTERA KEHIDUPAN RAKYAT - Ucapan Penuh YAB PM

Imej
Bajet 2016 MENSEJAHTERA KEHIDUPAN RAKYAT - Ucapan Penuh YAB PM Ucapan Bajet Tahun 2016 Oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak Perdana Menteri Dan Menteri Kewangan “MENSEJAHTERA KEHIDUPAN RAKYAT” Tuan Yang Dipertua, Saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-undang bertajuk “Suatu Akta bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan bagi tahun 2016 dan bagi memperuntukkan wang itu untuk perkhidmatan bagi tahun itu” dibaca bagi kali kedua. MUKADIMAH Tuan Yang Dipertua, 1. Saya mulai, dengan menyebut BismillahirRahmanirRahim, Alhamdulillahi Rabbil A’lamin, Wa bihi Nastai’n. 2. Segala puji-puji bagi Allah Hu Ta’ala, yang telah menjadikan Tujuh Petala Langit dan Tujuh Petala Bumi,… juga,… yang telah mewujudkan keadaan gelap-gulita, ke alam terang benderang. 3. Demikian juga, limpahan salawat, ke atas Nabi Muhammad, Rasul Pilihan,… Pembuka bagi sesuatu yang terkunci, Penutup bagi yang terdahulu, penolak yang batil, pembe